BAN Sosial - Jabatan Agama Ke Kelab Malam. Asyik Asyik Asyikkkk !

Masalah kelab malam aku rasa bukan baru. Sejak dari zaman tok kaduk lagi. Tindakan jabatan agama terbaru dengan melayani dan berdakwah di disco or pusat dangdut. Aku tak salahkn pihak agama, maybe tu cara yang terbaru yang difikirkan terbaik. Sesi biasa bertemu pelanggan dah tak menjadi kot.

Persoalannya, kalau asyik Jabatan agama je terhegeh duk buat rush sana sini, duk tarbiah agama sana sini, dakwah sana sini. Tapi pihak kerajaan sendiri tak amik tindakan menutup dan menarik kesemua lesen pusat dangdut. Apa bezanya. Manusia tetap manusia, harini ingat tuhan kena tarbiah. Esok lusa kena gelek dengan minah dangdut depan mata. Gelap mata.

Why not kerajaan amik je tindakan drastik macam kerajaan negeri kelantan buat. Tutup terus pusat hiburan macam tu. Aku tunggu PAS selangor amik tindakan. Dah 2 penggal rakyat bagi mandat. Dari segi sosial kebajikan, bagus ada peningkatan. Keuntungan negeri billion billion. Tapi masalah pusat dangdut pun kena control.

Dia antara beberapa pengunjung kelab dangdut yang menerima ‘serbuan’ mengejut JAIPk dalam program dakwah yang menumpukan beberapa kawasan antaranya pusat hiburan, kawasan riadah dan tumpuan ramai di sekitar negeri ini.
Kehadiran lebih 30 anggota dan pegawai JAIPk yang turut disertai 20 pelajar dari lima institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/ IPTS) sekitar negeri ini pada jam 12 tengah malam kelmarin mengejutkan hampir semua pengunjung sebuah kelab yang terletak di tengah-tengah bandaraya berkenaan.

Menurut Ayu, pada awalnya dia berasa tidak selesa ketika serbuan dijalankan kerana kehadirannya ketika itu untuk melihat suaminya yang bekerja sebagai pemain muzik di kelab dangdut berkenaan.

“Saya akui pendekatan JAIPk bersama pelajar muda ini amat bagus kerana selain mampu menyampaikan dakwah, ia juga mengingatkan mereka supaya tidak terlalu terpesong dari ajaran Islam.

Info Asal : Hmetro

BAN Sosial - Jabatan Agama Ke Kelab Malam. Asyik Asyik Asyikkkk ! BAN Sosial - Jabatan Agama Ke Kelab Malam. Asyik Asyik Asyikkkk ! Reviewed by BANkami Blog on September 30, 2013 Rating: 5

8 comments:

  1. nak buat mcm mana. org atasn pn ramai pi disco. klau tutup nantikn bising kerabat diaorg

    ReplyDelete
  2. tutup je laaa smua tempat2 so-sial tuh... takkan nak tunggu sampai tsunami dtg kot? time tu nnt tak sempat nak buat apa dah...

    ReplyDelete
  3. Bukan semua pusat disko diaorang serbu, takut2 nanti terserempak exco agama negerib sedang berkeraoke ngan Gro2 montel. Dulu kan dah kena sekali, lupa nama exco mangkuk berayun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke ni. ko ada bukti?

      Delete
  4. Nanti pejabat agama tak de kerja nak dibuat pulak. Jom asyik, asyik, asyikkkkkkkk

    ReplyDelete
  5. amar makruf nahi munkar~ orang malaysia kalau bab nahi munkar bukan main bijak~ siapa mau ikut dakwah kalau nahi munkar je yang sibuk dijalankan~ amar makruf tinggal ke laut~

    pendakwah kristian macam mana pendekatan mereka ? berkawan baik dahulu, tolong settle masalah mereka, caring terhadap mereka, dah ngam, baru sembang hukum hakam~

    pejabat agama tolong ubah pendekatan~ kalau dah pak serban serbu masuk dalam disko tu bukan jadi pahala, itu dah jatuh dosa~ sila rujuk sini~

    http://drmaza.com/home/?p=1413

    ReplyDelete

Powered by Blogger.