BAN Arkitek - Jembalang Sir Isaac Newton Di Terengganu ?

Aku menunggu laporan audit kot2 ada jembalang melintas di negeri penyu ni. Nak buat macam mana negeri yang kaya dengan minyak tapi asyik runtuh je. Yang aku heran lagi, kenapa negeri yang kaya dengan sumber minyak tapi bukan negeri termaju dalam malaysia. Silapnya kat mana. Aku pun tak pasti sebab aku bukan orang terengganu.

Kat sana dengar cerita ramai macai taksub. entah betul entah tidak.


Sekiranya Sir Isaac Newton masih hidup pasti dia berminat sangat untuk ke Terengganu sekarang. Bukan untuk melihat penyu bertelur di Rantau Abang, tidak juga untuk mencandat sotong di Pulau Kapas. Malah, dia juga tidak berminat makan keropok lekor di Losong, atau menjamah ikan celup tepung di Batu Rakit.

Ahli fizik dan matematik tersohor itu ingin meneruskan kajiannya mengenai ‘Law of Gravity’. Ada tanda-tanda dan bukti yang semakin jelas bahawa teori popularnya mengenai kuasa tarikan bumi atau graviti mungkin menjadi lebih lengkap jika kajian dilakukan di Negeri Penyu dalam waktu terdekat ini.

Dibandingkan dengan tempat lain seluruh dunia, negeri ini mungkin mempunyai graviti paling kuat, kalah besi berani.

Tentu saintis keturunan Inggeris (1642 – 1727) itu ingin membuat kajian terperinci, khususnya mengenai kaitan antara bumbung masjid dengan kuasa tarikan bumi. Mungkin teorinya kira-kira tiga abad lalu sudah tidak relevan.

Meski pun Newton tidak sempat ke Terengganu, adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji mengapa terlalu banyak bumbung runtuh di negeri ini. Tentu orang tidak kisah sekiranya yang runtuh itu reban ayam diperbuat dari buluh.

Orang juga tidak ambil peduli jika bumbung yang menyembah bumi itu diperbuat daripada plastik.

Apa yang menimbulkan syak dan keprihatinan rakyat ialah banyak keruntuhan – setakat ini lebih daripada 10 sejak 2008 – terjadi ke atas bangunan yang dibuat daripada besi keluli, menelan belanja pembinaan RM berjuta-juta, dan sesetengahnya menggunakan kepakaran perunding dari luar negara. Pelik tetapi benar, tidak ada gempa bumi, tidak ada tsunami, semuanya runtuh dalam hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.
  • Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila sebahagian struktur bumbungnya roboh pada 2 Jun 2009. Baru beberapa bulan siap stadium dengan kos RM292.9 juta itu dilanda musibah.
Peruntukan RM120 juta lagi diluluskan untuk kerja-kerja membaik pulih, tetapi musibah berulang apabila sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Februari lalu, kira-kira pukul 11.30 pagi, menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. Kuat betul graviti di situ!
  • Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (29 Jun, 2008), balkoni Pusat Latihan Antarabangsa Kemaman (15 Mac, 2009), bumbung Terminal Bas Kuala Berang (21 Disember, 2009), bangunan Institut Oseanografi UMT (29 Mac 2010).
Bumbung masjid pun sudah kerap runtuh, sudah perkara biasa di negeri pantai timur yang kaya minyak ini. Paling akhir, hujung minggu lalu masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di Kuala Terengganu menerima nasib sama.

Entah tertegur jembalang mana, atau hantu laut mana yang menolak, tiba-tiba sahaja kira-kira 40 peratus bumbung masjid tersebut runtuh. Bilal yang tiba jam 4 pagi untuk persiapan solat Subuh terkejut melihat runtuhan di hadapan mata.

Masjid yang boleh menampung 1,000 jemaah ini dibina dengan kos RM6 juta, baru siap dan digunakan kira-kira dua tahun.
  • 20 Mei lalu, keruntuhan bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu, nyaris meragut nyawa 12 jemaah yang baru menunaikan solat Isyak. Sebelum itu, 3 Oktober 2009, bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga gugur ditarik bumi, menyebabkan tiga orang cedera.
Pendek kata kalau satu hari nanti diwujudkan ‘Anugerah Runtuhan Negara’, Terengganu Darul Iman boleh dicadangkan sebagai negeri pertama menerima anugerah tersebut. Pada hemat saya, ada dua kemungkinan mengapa kerap sangat bumbung dan bangunan di negeri ini runtuh:

Pertama, graviti di sini terlalu kuat. Kalau Newton masih hidup bolehlah dia baring di bawah pokok kelapa di Kuala Kemaman untuk membuat kajian. Dinasihatkan dia memakai topi keledar, sebab buah kelapa lebih berat dari epal yang memberinya ilham ketika melakukan kajian awal lebih tiga ratus tahun dulu.

Kedua, rasuah. Dalam hal ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut sangat menyiasat.

Info Asal : SinarHarian
BAN Arkitek - Jembalang Sir Isaac Newton Di Terengganu ? BAN Arkitek - Jembalang Sir Isaac Newton Di Terengganu ? Reviewed by BANkami Blog on October 03, 2013 Rating: 5

7 comments:

  1. Mmg patut SPRM masuk check semua jabatan dalam terengganu. nampak sgt banyak korupsi. Tuhan nak tunjuk la tu tandanya

    ReplyDelete
  2. biasala bisnes kroni. bila dh hancur mcm ni. senyap je semua sekali. kontraktor buat dono. rakyat menanggung malu. terengganu mana, terengganu darul runtuh

    ReplyDelete
  3. SELAGI NEGARA DIPIMPIN BN, SELAGI TU TAKDE PERUBAHAN. TENGOK NI JELA. KENYATAAN DANGKAL :

    Israel ciplak slogan dari Malaysia, kata menteri

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.

    Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

    Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.

    Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel.

    MALAYSIA BUKAN BAYAR APCO KE? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. memang menimbulkan syak wasangka apabila dah belanja juta2, tapi masih runtuh2... hmm~

    ReplyDelete
  5. Tu yang besar, apa pula yang kecil kecil, lantai pecahlah, tiles tercabut, tanggan rongak le, macam macam lagi. Cuba pergi bangunan kerajaan, pasti nampak yang kecil kecil ni, tapi bila campur tentulah besar belanja unutk baiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau BN punya kerja, mmg besar la belanja. kroni nk mkn sana sini

      Delete

Powered by Blogger.