BAN Gaji - Berapa Jutakah Gaji Minimum Sepatutnya Di Malaysia?

Ko rasa cukup tak dgn gaji yang ada sekarang. Governmnt servant tak payah cakap la. Minimum korang takdenya 600 - 900. Tapi campur tolak bahagi ko kotim dgn banker, ko kotim dgn produit, potong duit. Tinggal ciput jugak kan. So, berapa juta agak2 rakyat malaysia perlukan gaji minimum. Dengan masalah pendatang asing sekarang dh pandai buat bisnes, bumiputera melayu tetap sama. Siapa salah.

Kronisme tahi, pengurusan pembahagian peruntukan untuk membantu rakyat miskin mcm gampang, anak monteri dgn bangga tunjuk dpt awek retis, melencong ke eropah. Nak mintak grooberrmen bayar lebih pada iks utk sesetengah projek. Nantikan odition datang untung 2 hinggit, lugi satu trillion. Ko jugak mengamuk.

Bangang mcm mana sekalipun, org tu jugaklah yg diundi. Dulu jadi monteri pulau beringin, kena joget skit dgn artis korea, beralih ke tempat lain. Ada juga penyokong.

Tapi mmg ada sesetengah company tu, untung juta2 tapi kedekut tahik itik celah lubang hidung. Aku rasa semua gara2 syarikat pendtg asing masuk. So, mereka buat layan tak layan pekerja tempatan. Ko tengok jelah yg bekerja di supermarket skrng. Orang tempatan mmg la byk demand, nak jaga anak bini bagai. Tapi ada jugak yg amik warga asing.

Kumpulan mewakili pekerja-pekerja kolar biru hari ini menggesa kerajaan memperkenalkan galakan kepada majikan industri kecil dan sederhana (IKS) supaya syarikat dapat membayar gaji minimum kepada pekerja tahun depan.

Dalam memorandum kepada kerajaan dan anggota Parlimen hari ini, Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Bertindak berkata, langkah itu termasuk menawarkan pengecualian cukai kepada SME.

Bantuan itu juga termasuk cadangan supaya kerajaan membayar caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suatu tempoh masa dan memberi subsidi elektrik.

"Sokongan sebegitu akan memastikan syarikat kecil dapat mematuhi skim gaji minimum," menurut laporan itu.

Mereka juga mendesak kerajaan membayar lebih tinggi kepada kontraktor.

Memorandum kepada Menteri Sumber Manusia Richard Riot oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan di pintu Parlimen.

Info Asal : Malaysiakini
BAN Gaji - Berapa Jutakah Gaji Minimum Sepatutnya Di Malaysia? BAN Gaji - Berapa Jutakah Gaji Minimum Sepatutnya Di Malaysia? Reviewed by BANkami Blog on October 25, 2013 Rating: 5

2 comments:

  1. Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :

    1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
    1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
    1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
    1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
    1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
    1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
    1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1,000)
    2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
    2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1,000)
    2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1,200)
    2003 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
    004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
    2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
    2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
    2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
    2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
    004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
    2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
    2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
    2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
    2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
    2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1,500)
    2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500 : Telah pun diterima

    ReplyDelete
  2. gaji minimum rakyat malaysia sepatutnya 3juta

    ReplyDelete

Powered by Blogger.