BAN Subsidi - Rakyat Malaysia Mesti Akan Suka Terbahak-Bahak

Jika ditanya siapa akan merana kenaikan harga, ofkos lah takde. Tu macai punya logik idea. Mana ada beban, kerajaan dah buat mcm2. Rakyat mesti suka, jalan berlubang tu sebenarnya seni untuk elak kereta bawak laju. Kurangkan subsidy gula sebab nak kuatkan seks rakyat. Supaya tak de penyakit kepala hotak ko.

Apa pun, nantikan brim RM1200 yg dijanjikan. jeng jeng jeng. Janji ditepati. Kapla hotak ko!

 Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

Info Asal : Mkini
BAN Subsidi - Rakyat Malaysia Mesti Akan Suka Terbahak-Bahak BAN Subsidi - Rakyat Malaysia Mesti Akan Suka Terbahak-Bahak Reviewed by BANkami Blog on October 28, 2013 Rating: 5

8 comments:

  1. anwar ni banyak bising la. nanti kroni marah

    ReplyDelete
  2. Goods & Services Tax (GST) adalah sejenis Value Added Tax (VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah. Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) yang diamalkan sebelum ini... Mmg dr segi kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat". X faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya x dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan kat setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena. Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tp kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%! Sebagai cth : produk A harga kilang RM20. • cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2. • cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20. [RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27. [RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35. Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82! Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebahagian tapi sepenuhnua ditanggung rakyaat lebih tepat kan ka...

      Delete
  3. All the best untuk semua rakyat malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud ko utk macai mna satu ni

      Delete
  4. tuan carlos.. izinkan aku pautkan bankami pada blog aku..!!

    ReplyDelete
  5. robert kuok yg tokeh gula terkaya di malaysia tu taknak masuk list plak??rasict.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.