BAN Keliru - Kalau Dah Mufti Pun Macam Ni. Ape Nak Jadi?

Oh Alim toyibban.. Harini ada bermacam jenis manusia. Berkopiah dgn cara kopiah, yang rock dgn cara rock. Yang berbaju ketat then urrrkkk " alhamdullilahh"... Dan bermacam lagilah. Kadang tu terlebih alim pun ada tapi tak reti hormat orang. Kadang tu alim dan pandai amik hati orang. Kadang tu tak reti agama, tapi memandai nak tunjuk lagak belajar segala kitab seluruh planet.

Pandai buat video, tapi bila kena hentam balik and mintak buat penjelasan. Taknak cakap. Apa title dia? Mufti tu. Dahtu kalau mufti dgn bekas mufti pun tak sehaluan. Macam mane nak betulkan yang lagi bengkok.

Mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad enggan mengulas cabaran Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya beliau bersumpah laknat selepas didakwa memfitnah bekas mufti Perlis itu.

Ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, beliau sebaliknya menyuruh Malaysiakini mendapatkan komen pihak lain.

"Saya tiada komen. saya tak nak komen. Saya tak nak mengulas, tak nak panjang-panjang (cerita).

"Kalau nak (tanya juga), tanya-tanya orang lain," kata Sheikh Muhamad Baderudin (kiri) sebelum memutuskan talian telefon.

Dr Mohd Asri pada 23 November lalu mencabar Sheikh Muhamad Baderudin bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

Katanya, jika benar beliau mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, maka laknat Allah ke atasnya; dan jika sebaliknya, laknat akan menimpa mufti itu.

Dr Mohd Asri merujuk kepada sebuah rakaman kuliah Sheikh Muhamad Baderudin di Youtube berhubung isu Wahabi yang secara sepintas lalu menyebut namanya.

Antara dibangkitkan, menurut Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera, dalam pentakwilan ayat al-Quran.

Info Asal : Mkini
BAN Keliru - Kalau Dah Mufti Pun Macam Ni. Ape Nak Jadi? BAN Keliru - Kalau Dah Mufti Pun Macam Ni. Ape Nak Jadi? Reviewed by BANkami Blog on November 26, 2013 Rating: 5

10 comments:

  1. time hentam org lain bukan main. sekali kena hentam balik. terus terdiam dgn mcm2 alasan. puiii!!

    ReplyDelete
  2. mufti dgn bekas mufti. ulama dgn ulama. syiah dgn sunni. pas dgn umno. dap dgn mca. yang selalu menang. ZIONIS

    ReplyDelete
  3. bagus la tu at least dia tak mau perkara ni berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia taknk benda tu berpanjngn, dia tak keluarkan statement. pi jumpa berdepan. kalau dh jadi mcm ni. dia kena jawab. cari kata penyelesaian. mufti vs bekas mufti. kalau gini sikap mufti. macam mana dgn yg lain. yg agamanya cetek. perlu petunjuk dan didikan.

      Delete
  4. ilmu agama tinggi..songkok pun tinggi..kah.kah..lantak korang ler..

    ReplyDelete
  5. Depan muslimah, hebat! Pung-pang, Pung-pang....beras, taik kucing, taik kambing, selipar goreng..last2 tak mau komen, tak mau panjang-panjang...klu tk mau pjg2
    Bererti mau yang pendek2.
    Ni yang pendek
    Mufti RM

    ReplyDelete
  6. Kalau taknak panjangkn, knape war-war kn pada public. kata itu ini. sedangkn dr asri tu popular. dia akan jawab and mufti akan jawab utk penjelasan public. nanti apa kata public kat dr asri.

    satu pihak akan ckp mufti kedah betul

    satu pihak akan ckp dr asri betul.

    sorang dh jawab
    sorang lagi berdiam diri. kata taknak panjangkan.

    mcm ni ke sikap mufti kita. macam mana nak betulkan umat islam yg terpesong. kalau begini sikap mufti.

    duduk semeja, buat press conference. bagitau kat public!

    be gentle and profesional la.

    jgn mcm UMNO. lontar batu, tangan sorok. ajak debat macam2 alasan.

    come on larrr... rakyat malaysia dah cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anonymos good presentation from u....realy like it...

      Delete
  7. sy sudah tgk video tu... apa yang jelas pada saya adalah 2 saja. Kalau tak fitnah, mengumpatlah tuu.

    Pada saya, orang yang paling tahu pasal hukum hakam ugama dalam satu-satu negeri (yang diiktiraf oleh pemerentah) ialah mufti.

    ReplyDelete
  8. Try this:
    http://Dollar4invite.com/?id=adergunners
    or
    http://www.earnparttimejobs.com/index.php?id=4861998

    ReplyDelete

Powered by Blogger.