BAN Banjir - Mangsa Banjir Terengganu Boleh Apply Rumah PPRT

Waaa... ni satu good news pada mangsa banjir kt terengganu. At least terkurng la skit beban. Tapi seperti yg kita tau nk apply rumah kerajaan or pprt ni bermcm jenis prosedur ada. Jgn kata lepas ni JKkk pulak duk sibuk tapis mane satu pngundi bn or mane satu pengundi pas. Baru nk kasi pinjaman.



Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata mangsa banjir yang kehilangan rumah boleh membuat permohonan untuk memiliki rumah secara percuma di bawah program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM40,000.

"Ini khusus untuk sesiapa yang rumah mereka dihanyutkan air, roboh sama sekali atau mengalami kerosakan yang terlalu besar hingga tidak boleh dibaiki.

"Pihak bertanggungjawab akan mengumpul data mereka yang terlibat sebelum perkara itu dilaksanakan," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.  

Terdahulu, ketika sesi perbahasan, Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) mencadangkan kerajaan negeri Terengganu mengecualikan bayaran bil utiliti dan sewaan bangunan kedai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada mana-mana penduduk yang terjejas teruk akibat banjir.

"Perkara ini wajar dipandang serius kerana banyak kerugian terpaksa ditanggung mangsa banjir.

"Jika bil utiliti seperti bayaran kadar air, elektrik dan sewaan bangunan kedai dapat dikecualikan selama sebulan, sudah tentu mampu melegakan mereka," katanya.
Iskandar juga mencadangkan supaya kerajaan negeri menangguhkan cadangan menaikkan kadar yuran taska milik Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sebanyak RM50 daripada jumlah asal.  

"Jumlah itu cukup membebankan, kerana pada masa sama keluarga yang terlibat perlu memikirkan keperluan lain seperti bayaran yuran asrama, bayaran kemasukan alam persekolahan dan membeli barang kelengkapan sekolah," katanya.

Selain itu, beliau berharap kerajaan negeri juga menekankan kepada praktikal sesuatu ilmu yang diajar tanpa terlalu bergantung kepada kefahaman teoritikal semata-mata, khususnya dalam mata pelajaran pendidikan Islam.

"Usaha itu, penting bagi membantu pelajar supaya benar-benar memahami kewajipan seorang muslim seperti so
lat, puasa dan zakat," katanya.

Info Asal : sinarharian
BAN Banjir - Mangsa Banjir Terengganu Boleh Apply Rumah PPRT BAN Banjir - Mangsa Banjir Terengganu Boleh Apply Rumah PPRT Reviewed by BANkami Blog on December 12, 2013 Rating: 5

9 comments:

  1. Hrp xde la yg penerima tu bkn mangsa banjir.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Org nk bg rumah.patut say bersyukur.

      Delete
  3. kalau boleh bukan rumah je, kereta pun sekali

    ReplyDelete
  4. Terengganu kaya minyak.duit untung tu kalau xbantu rakyat tranung nk bantu saper lg.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah . mudah2n kat negeri lain pun ada ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt negeri lain xkaya mcm terengganu. Xmampu nk bg.

      Delete
  6. Untungla mcm tu. Patut kt negeri lain pn mcm ni. Dhla tahun dpn semua brg naik. Keter kna repair. Semua brg kna repair. Mau pakai byk duitt woooo ...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.