BAN Entah - Anak Rosmah Beli Kondo Park Laurel RM110 Juta Di AMARIKA. Untungnya!!

Perggghh.. Anak2 menteri semua kebanyakan kaya raya. Yeala, bapaknya tu menteri. So selok belok nak cari duit mesti banyak dia tau and mintak anak dia ceburi. Same goes je mana2 pemimpin. Mesti lebih percayakan anak sendiri daripada orang lain. So, jangan mustahil kalau anak beranak menteri tu kaya-raya.

Eh aku cakap mcm aku ni sokong BN jer. Haktuiihhh ko. Logically la apa aku pikir. Kalau bapak ko sorang investor hebat, semua saham kat board tu boleh dikatakan sebagai main player dalam mengucar kacir market. Tak mustahil segala ilmu yang bapak ko ada tu dia akan bagitau kat ko.

Sebab tu adanya islam, untuk menstabilkan golongan cerdik pandai membantu golongan miskin. Supaya segala kebijaksanaan dalam pengurusan kewangan dapat diagih kepada yang tidak berapa pandai. Keuntungan la maksud aku.

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.


Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.

Info Asal : Malaysiakini
BAN Entah - Anak Rosmah Beli Kondo Park Laurel RM110 Juta Di AMARIKA. Untungnya!! BAN Entah - Anak Rosmah Beli Kondo Park Laurel RM110 Juta Di AMARIKA. Untungnya!! Reviewed by BANkami Blog on December 29, 2013 Rating: 5

3 comments:

  1. kalau bapak kaki kencang. anak pun kaki kencing la. Kalau bapak kaki pau kaki pusing duit.. anak pun sama la kan.

    ReplyDelete
  2. aik..rosmah ada anak tiri ke?

    ReplyDelete
  3. anak tiri najib kot..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.