BAN Demo - Melalak Depan Gereja, Cerdik Ke Bodoh?

Isu ni best jer aku tengok media duk main peranan. Paling kayu lagi, masuk TV3 katanya akan tentang habis-habisan. Pakatan rakyat pun berdiam diri, BN and da geng mula naik tocang. Ketua agama takde keluarkan statement apa2. Lagikan TPM yang ada kuasa besar pun, keluar akhbar bagitau menyokong tindakan pemuda selangor. Dah dia ada kuasa, apesal tak guna jer kuasa dia ada. Tenteramkan keadaan.

Kenapa tidak dibuat pendebatan jer antara ketua paderi dan ketua agama islam. Keluar nas kenapa tidak boleh, dan kenapa ketua paderi nak guna. Buat live biar semua rakyat malaysia dengar and amik port pasal ni. Takde la media duk main isu putar alam sini sana. Politikkan agama.

Aku tertarik pada statement, ada upacara dalam bahasa inggeris and tamil. Kenapa Jabatan Agama Islam tak memainkan peranan seperti yang dibuat pihak gereja. Menyebarkan ajaran islam merangkumi semua lapisan masyarakat. Bukannya mengeluarkan statement "darah halal". Hakikatnya akidah umat islam semakin terpesong. Now nak demostrasi depan gereja. Its totaly useless!!. Tak hormat langsung. Tak profesional !!

Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini.

Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.



Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.

Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.

Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja.

Michael dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada individu yang hadir terima kasih memberi sokongan dan juga buat para anggota keselamatan yang menjaga keselamatan mereka.

Beliau juga berharap agar masyarakat Kristian dapat menjalankan tanggungjawab agama mereka tanpa gangguan.

"Ktia terus berdoa supaya situasi aman damai dapat berterusan di Malaysia.

Kehadiran berkurangan

"Kita dapat saling hormat menghormati dan umat Kristian ada kebebasan guna bahasa mereka sendiri untuk menyembah Tuhan," kata beliau dalam ucapannya hari ini.

Chua ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, kehadiran ke upacara dalam bahasa Melayu hari ini berkurangan berbanding kehadiran untuk upacara dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

"Biasanya ada kira-kira 300 (hadirin) tapi hari ini ada lebih kurang 200 sahaja," kata beliau ketika ditemui di luar gereja.

Chua berkata, mungkin ramai hadirin memilih untuk pulang lebih awal atau tidak langsung tidak menghadiri acara tersebut disebabkan ancaman kumpulan yang dikatakan akan mengadakan bantahan di hadapan gereja mereka.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung rancangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Satu gabungan NGO yang rapat dengan Umno Selangor pada hari Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk mengadakan protes dan menghantar nota bantahan kepada paderi Lawrence Andrew.
Ia ekoran pendirian Andrew yang didakwa mencabar kuasa Sultan Selangor dan berkeras mahu orang Kristian dibenarkan mengguna nama 'Allah'.

Umno Selangor semalam mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk tidak menghadiri perhimpunan di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, sesetengah anggota dan pemimpin Umno Selangor tetap muncul dalam perhimpunan anjuran NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Muslim Klang, di satu padang kira-kira 1km dari gereja tersebut hari ini.

Info Asal : Malaysiakini
BAN Demo - Melalak Depan Gereja, Cerdik Ke Bodoh? BAN Demo - Melalak Depan Gereja, Cerdik Ke Bodoh? Reviewed by BANkami Blog on January 06, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. serius nampak... hai period keeee...

    ReplyDelete
  2. NGO umno. ada saper2 pelik ke.. Tapi ape pemuda PAS dan Pemuda PKR buat... Kenapa pihak gereja begitu berani. Bukan ker haritu najib dah bagitau...

    Apa kata ketua agama selangor a.k.a sultan selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni bodoh apa. sultan dah larang la

      Delete
    2. mmg la sultan selangor dh bertitah bagitau. tapi apa tindakan yg diambil. ade ker pendekatan berdebat dgn pihak gereja.. Duk buat demostrasi dpn gereja. Ape dapat? buat malu jer.

      Delete
    3. klu nak sgt buat napa dia x buat kat sabah? masalah paderi ni melawan titah sultan selangor, buruk teruk perangai degil, ni terang2 bodo nak sgt g buat kat sabar serawak or negeri lain yg benar kan ap sush sgt ke nak dengar arahan? bodo piang paderi ni

      Delete

Powered by Blogger.