BAN Sekolah - Sistem PBS Sekolah Macam Pundek Ke ?

Sistem pembelajaran sekolah katanya telah berubah.. 2011 aku duk dalam U.. Dah tak amik port sangat pasal sekolah ni.. Tapi mmg ada dgr sistem pembelajaran akan berubah.. UPSR dan PMR.. SPM rasanya still go on.. Hapuskan UPSR dan PMR.. Ada baik dan buruk.. Kalau baca apa dr agus bagitau, nantikan pelajar semakin malas untuk belajar.. But now sekalipun, pelajar belajar semata-mata untuk dapatkan A. Sekadar tahu teori tapi praktikal failed.. Sebab tu banyak yang kecundang dan buntu untuk aplikasikan apa yang dibelajar.. Same goes yang belajar kat universiti. Dengan diploma yang kadangkala tak tau apekejadah.. Nama diploma pelik-pelik.. Chemical engineering, engineering bagai, tup tap habis belajar apply kerja bank.. Dengan alasan takde kerja kosong.. So, what.. Berbeza dengan pelajar di giat mara or any tempat praktikal.. Boleh apply and kadangkala more better than degree holder..

Tu bab universiti la.. Bab sekolah ni, kalau UPSR.. Masa aku sekalipun, aku takdenya serius.. Benda tu just nak dapatkan kunci untuk masuk sekolah budak pandai.. Pikiran aku time tu, sekolah mana-mana sekalipun, tetap belajar buku teks yang sama.. Ko pergi pusat tusyen guru bertaraf planet artartik sekalipun, tetap buku sains sama.. matematik tak berubah.. macam tu juga.. Yang menjadi penekanan cara penerapan dan praktikal pelajar memahami apa yang dipelajari..

Now muncul sistem PBS bagai.. Dengar kata cikgu kena capture itu ini.. Tak dinafikan ada cikgu yang sibuk and ada cikgu yang tak sibuk... Sistem rekod band ni macam band cgpa kat universiti ker.. Maknanya kes kena bodek cikgu macam pensyarah akan wujud la lepas ni.. Naik tocang la cikgu dengan ibubapa lepas ni.. Ke macam maner...

Pendapat aku la.. Dari duk buat pusing sana, pusing sini.. Belajar buku teks sama jugak.. More better perbanyakkan praktikal dari sekolah rendah ke sekolah menenangah.. Student bukan sekadar faham teori tapi tahu cara nak guna pakai teori tersebut..


MEMBANGUNKAN MURID CEMERLANG: 
SESUAIKAH SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)?

Tanggungjawab guru dalam membangunkan generasi besar sekali. Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

Namun, dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2011, keseronokan guru berubah.

  • Guru tidak senang dengan PBS bukannya kerana beban tugas yang bertambah, tetapi tidak tahan dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat. 
  • Ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung. 
  • Keadaan inilah yang menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti. Maka, guru diminta bersabar. Pun begitu, terdapat guru yang hilang sabar. Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Persoalannya, mengapa mereka mahu mengadakan bantahan ini? Apa masalahnya dengan sistem PBS ini? Perlukah sistem ini diteruskan atau dihapuskan? Bagi saya, sistem ini mempunyai banyak kelemahan yang mewajarkan Kementerian melihat semula pelaksanaannya? Apa kelemahannya? Saya perturunkan hujahnya di bawah.

MASALAH DENGAN SISTEM PBS

1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?

3. Sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi. Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka.

4. Cara pembahagian band tidak konsisten. Guru-guru sendiri mengakui hal ini dengan mengatakan sistem ini sebenarnya tidak jujur; adakalanya mereka terpaksa meluluskan band setiap pelajar atas dasar simpati dan hendak mengejar band.

5. Sistem ini menyebabkan tugas utama guru mengajar menjadi semakin kurang kerana masa banyak ditumpukan kepada merekodkan maklumat pelajar dan membuat kerja-kerja perkeranian. Jika macam ini, bagaimanakah kita boleh menghasilkan insan yang cemerlang?

6. Sistem ini mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, malas berusaha, malas berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik. Ini kerana murid-murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Ibu bapapun tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?

MENGATASI KELEMAHAN PBS

Hujah di atas menunjukkan kelemahan sistem PBS. Bagi mengatasinya saya mencadangkan dua perkara.

Pertama : 

  • Sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula. 
  • Bagi saya buatlah sistem PBS atau apapun, tetapi jangan hapus bentuk peperiksaan yang sedia ada sekarang. 
  • Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka,tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka.
  • Saya menekankan keperluan peperiksaan ini kerana saya tidak mahu melihat pelajar menjadi semakin malas dan tidak suka berfikir. 
  • Bagi saya, UPSR dan PMR sudah elok, cumanya jika hendak menilai kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum, buatlah 50% peperiksaan dan 50% kokurikulum dan kerja kursus, selesai masalah.

Kedua : 

  • Jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru-guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar. 
  • Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer.

Semoganya dengan mengembalikan keseronokan mengajar guru, maka guru kekal menjadi lilin yang menerangi perjalanan generasi akan datang.

Info Asal : Dr Agus
BAN Sekolah - Sistem PBS Sekolah Macam Pundek Ke ? BAN Sekolah - Sistem PBS Sekolah Macam Pundek Ke ? Reviewed by BANkami Blog on February 10, 2014 Rating: 5

9 comments:

  1. setiap kali lepas pilihanraya asyik tukar jer... pemimpin macam tu jugak. kepala otak tetap sama..

    ReplyDelete
  2. lepas ni sistem taik per plak nk apply..

    ReplyDelete
  3. melalak mcm mana sekalipun.. kuasa ditangan mereka...

    ReplyDelete
  4. nasib dah ilang malware..haha..

    anak member aku naik form 4 kat ILP blajar 4 tahun terus dapat diploma..Spm tak payah amik dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ko sekolah maner?

      Delete
  5. Soalan hang;
    1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

    Bang.. itulah masalahnya, yang bertanya itu sebenarnya tidak tahu, utk tujuan apa PBS itu dibuat. Ianya dibuat kerana tidak menilai pelajar bodoh pandai atau sederhana. Itulah tujuannya. Itulah sistem pendidikan yang tidak menilai pelajar secara 'angka' yg ingin diserap kedalam institusi pembelajaran Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg dipersoalkn tu..cara penilaian peperiksaan lepas ni.. akan jadi ketidakadilan.. ko ni faham tak apa yg dr agus tu maksudkn.. hadoiii...

      Delete

Powered by Blogger.