BAN Sadis - Hiba ! Orang Malaysia Tak Boleh Masuk Malaysia. Sayu Tahap #MH370

Jap jap nak check.. Ada kes kena tahan bawak dadah tak.. Oh takde.. Ada kes gengsterism tak.. Oh takde.. Ada pernah kena tangkap minum ketum tak.. Oh takde.. Ada pernah kena tahan bawak masuk pendatang asing tak.. Oh takde.. Itu takde, ini takde.. Habis tu kenapa orang malaysia tak boleh masuk malaysia.. Indonesia, bangla selamba jer dapat.. Hoi, ko tak faham ker, siapa tak suka malaysia.. banyak sangat tentang itu ini.. Sila keluar malaysia.. Buat pulau sendiri kat lautan hindi.. Duduk kat situ.. Pahammm...


Tiga pemimpin kanan PKR dilarang memasuki Sarawak, dipercayai bagi berkempen membantu calon PKR Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil DUN Balingian 29 Mac ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata :

  • Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dihalang setelah sampai di lapangan terbang Sibu pada jam 11 pagi tadi.


  • Rafizi Ramli dalam tweetnya sebentar tadi berkata, beliau dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut mengalami nasib sama.

“Saya dan @tianchua sedang ditahan di pejabat imigresen Sibu. Akan dihantar balik selepas ini, dihalang masuk Sarawak,” tulisnya.

Fahmi sebelum ini dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa:

  • Satu arahan dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac untuk menyekat Saifuddin memasuki Sarawak.

"Datuk Saifuddin (kanan) kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam kenyataan medianya pada tengah hari ini.

Info Asal : Malaysiakini
BAN Sadis - Hiba ! Orang Malaysia Tak Boleh Masuk Malaysia. Sayu Tahap #MH370 BAN Sadis - Hiba ! Orang Malaysia Tak Boleh Masuk Malaysia. Sayu Tahap #MH370 Reviewed by BANkami Blog on March 25, 2014 Rating: 5

9 comments:

  1. noktah bertindih

    ReplyDelete
  2. “Saya dan @tianchua sedang ditahan di pejabat imigresen Sibu. Akan dihantar balik selepas ini, dihalang masuk Sarawak,”

    ReplyDelete
  3. toink toink toink... kejadah semua ni woi!

    ReplyDelete
  4. kerja sekolah tak siap lagi ni. mcm mane ni. jiran ajak aku pekena burger king.

    ReplyDelete
  5. Halang jugak taib gigi palsu tu dgn adnan setan jgn dari dtg ke semenanjung...

    ReplyDelete
  6. jangan lupa,sabah dan sarawak sertai malaysia setelah semua ketua2 etnik dipujuk oleh 1st pm n vice... org mana tu? n jangan lupa sabah n sarawak sertai malaysia dengan berstatus SEBUAH NEGARA,iaitu NEGARA SABAH dan NEGARA SARAWAK (rujuk perkara 20). kami ada undang2 /peraturan SENDIRI ( ekslusif ) untuk JABATAN IMIGRESEN, JABATAN PENDAFTARAN N LAIN LAIN JABATAN tanpa terikat sepenuhnya dengan pentadbiran pusat. tanpa SABAH N SARAWAK malaysia ni keciiiik je, n jgn lupa saiz kami sgt besar n hasil bumi yg banyak,minyak, gas,kayu balak, kelapa sawit (felda biasa di sini mcm felda sahabat,lahad datu ialah lebih besar sedikit dari negeri melaka) pun begitu royalti 5% (dll) membuatkn banyak hasil mengalir ke semenanjung. kamu tidak layak berkata kami lebih baik keluar malaysia, dulu telah ada percubaan untuk sabah keluar dari malaysia dan sarawak (taib mahmud) setuju ikut serta tapi delegasi semenanjung dari umno dan pas (ada yg masih hidup n ada yg dh meninggal) datang untuk merayu dan berbincang memujuk ! kpd bebudak yg buta sejarah termasuk admin JANGAN komen semberono. assalamualaikum

    ReplyDelete
  7. sabah dan sarawak BUKAN menyertai Malaysia
    sabah dan sarawak adalah rakan kongsi yang membentuk negara malaysia !
    tanpa penyertaan sabah dan sarawak ...tidak akan wujud negara malaysia ! yg ada hanyalah persekutuan tanah melayu atau MALAYA !

    penyertaan sabah sarawak itu bersyarat , suruhanjaya Cubbold yg ditubuh untuk mendengar dan meminta persetujuan rakyat sabah sarawak dalam pembentukan Negara malaysia seterusnya setuju dengan syarat2 yg diminta oleh rakyat sabah sarawak .

    sabah ada 20 syarat
    sarawak ada 18 syarat !

    antara syarat tersebut ialah , kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh atas imigresen , adat , tanah !
    sebab itu , harus faham bahawa kerajaan negeri sabah dan sarawak memang berhak untuk membenarkan dan tidak membenarkan sesiapa pun untuk masuk negeri sabah sarawak , ianya sudah termaktub dalam perjanjian dan telah dipersetujui bersama !

    kini , ramai pertikai kenapa masih ada undang2 lapuk tersebut setelah bertahun merdeka ?
    ok , fikir dan renung, kenapa masih ada undang2 lapuk hak keistimewaan melayu setelah bertahun merdeka ?
    adakah bangsa melayu sudi dan bersedia memansuhkan hak keistimewaan tersebut ? jika tidak bersedia ..maka demikian jugaklah dengan hak negeri sabah sarawak .

    rupanya , masih terlalu ramai rakyat malaysia yang jahil murakab tentang sejarah penubuhan dan perkara2 terkait negara malaysia , terlalu jahil tentang hak dan kuasa negeri2 dalam malaysia , mereka lebih suka menyalak tanpa mengkaji sebab musabab sesuatu perkara

    ReplyDelete

Powered by Blogger.