BAN LakiBini - Bapa Muslim Rebut Anak Dari Ibu Non-Muslim

Kes ni haritu dah bising sekali.. Then hak penjagaan anak dapat pada isteri yang non-muslim.. Maybe atas sebab anak mesti berada dengan ibu.. So, si bapak ni baru masuk islam.. Sepatutnya jabatan agama islam negeri sembilan tampil bantu izwan ni untuk dapatkan hak penjagaan anak.. Maybe izwan ni taknak anak dia ikut agama lamanya... Tapi mahkamah dah tetapkan hak penjagaan anak ke atas istreri.. Now, harini kecoh lagi.. Budak tu dibawak lari oleh bapaknya...

Tak diberitahu pulak adakah bapak kepada budak tu takde harta ker or sebab lain yang menyebabkan dia tak boleh jaga anak dia.. Setahu aku, dalam isu ni.. Si bapak diberi kelebihan sebab muslim and nak jaga supaya anaknya tu tak terpesong pada ajaran agama lain..


Izwan Abdullah telah mengambil anak lelakinya yang berusia enam tahun secara paksa dari bekas isterinya S Deepa di Jelebu pagi ini.

Selain membenarkan perceraian, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan pada hari Isnin bahawa penjagaan anak-anak hendaklah diberi kepada ibu.

Pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sally Wangsawijaya yang membantu usaha Deepa mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya itu dan seorang lagi anak perempuannya yang berusia sembilan tahun selepas bekas suaminya itu memeluk Islam tahun lepas, berkata anak lelaki itu dibawa dengan sebuah kereta dari rumah Deepa.

Deepa gagal untuk menghalang Izwan yang menukarkan agama dua anaknya kepada Islam tanpa kebenaran bekas isterinya itu.

Deepa telah membuat laporan di ibupejabat polis Seremban mengenai kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 9 pagi.

Peguamnya akan memfailkan esok permohonan kes menghina mahkamah terhadap Izwan, yang sebelum ini dikenali sebagai N Viran.

Info Asal : Malaysiakini

Post a Comment

5 Comments

  1. kes ni mcm rumit jer. boleh jadi pergaduhan agama ni.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete