BAN Politik - KSN : Pecat Penjawat Awam .

Kecoh pasal TPM kesayangan orang johor ni nak ke UAE katanya. Ada pulak dikatakan penjawat awam yang bocorkan rahsia tentang program yang dijalankan.. Maybe penjawat awam tu rasa tak puashati, kenapa pihak atasan bila buat program, selamba jer bayar itu ini dengan duit kerajaan.. Penjawat awam pulak, nak dapat bonus pun susah.. Tambah lagi yang penjawat awam bawahan.. Gaji cukup2 makan. Mana nak beli susu anak lagi, bayar rumah lagi, bayar kereta lagi... Nak taknak satu family kena ada 5000 sebulan..

Kemarahan rakyat nampaknya semakin merebak kepada penjawat awam.. Setiap tahun bagitau itu ini untung, and setiap tahun jugak rakyat disuruh berjimat..

Buang kerja, aku rasa tak munasabah dengan tindakan yang dibuat.. Yang bocorkan rahsia pun, bukan pasal kewangan sulit negara. Sampaikan boleh menyebabkan negara rugi.. Tapi membuka mata pemimpin supaya tidak sewenang menggunakan duit rakyat..

Pada yang belum tengok lagi tentatif tu.. Ni hah aku sertakan sekali..


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas  termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Maka, usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.
"Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocor,”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan lawatan lima hari Muhyiddin ke Dubai yang didakwa mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ali berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen itu.


Info Asal : Malaysiakini , Gambar Tentatif
BAN Politik - KSN : Pecat Penjawat Awam . BAN Politik - KSN : Pecat Penjawat Awam . Reviewed by BANkami Blog on April 14, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. Penyandang kerusi timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan bahawa parti itu berasaskan melayu. Sebaliknya, beliau berkata, PKR adalah sebuah parti politik, berbilang kaum dan agama sejak ia diasaskan hampir 15 tahun lalu.


    ReplyDelete
  2. hahaha... bila dah namanya umno. ni jela kerja dia reti

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. ko cakap je nak pecat, tapi tak juga buat, aku bagi contoh, kat tempat aku ada kakitangan awam yang buka facebook, main game, dari jam 8.00 pagi sampai 5 petang, berhenti time rehat je. Repot dah 39 kali, tapi majikan tak pecat pun, tak pecat pun!
    Makan gaji buta, bagi anak & laki duit haram! patutlah anak degil je, rezeki tak berkat. kalau tak nak kerja, berhenti jadi suri rumah, ramai lagi nak kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot dia dah settle kerja or sdg tunggu customer.. jabatan aper tu?

      Delete

Powered by Blogger.