BAN Politik - Rafizi Dakwa Syarikat "Pilihan Najib" Terima 50 Juta Lagi

Sebuah syarikat yang dituduh mendapat perakuan dari perdana menteri untuk menerima dana RM100 juta menerusi geran kajian dan penyelidikan (R&D) didakwa menerima tambahan RM50 juta lagi daripada satu lagi kementerian.

MP Pandan, Rafizi Ramli mendakwa NSE Resources Corporation Sdn Bhd (NSERC) menerima tambahan RM50 juta menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).

Menurut Rafizi, butiran itu terkandung dalam satu surat bertarikh 17 April 2014 kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu yang turut menyebut tentang geran RM100 juta dari Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti) sebelum ini.


"Ini bermakna, sebuah syarikat swasta iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk mengusahakan projek komersialnya.

"Malah, jumlah RM150 juta ini melebihi dari kos projeknya yang dimaklumkan kepada Mosti iaitu RM130 juta," kata Rafizi.

Dakwaan itu dibuat hampir serentak ketika timbalan menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah menafikan menganugerahkan geran RM100 juta kepada syarikat itu.

Beliau malah mengedarkan tiga jilid buku tebal yang memberi maklumat teliti mengenai kesemua 4,566 penerima dana bernilai RM 2.9 bilion bawah MOSTI dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Malaysiakini hari ini sekali lagi menghubungi NSERC untuk mendapatkan maklum balas berhubung dakwaan Rafizi namun masih belum menerima sebarang jawapan. (Malaysiakini)
BAN Politik - Rafizi Dakwa Syarikat "Pilihan Najib" Terima 50 Juta Lagi BAN Politik - Rafizi Dakwa Syarikat "Pilihan Najib" Terima 50 Juta Lagi Reviewed by BANkami Blog on April 24, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. selamba je najib bagi.. 50juta ni 50sen bg org atasan

    ReplyDelete
  2. mana dia tahu? macam detektif conan je...semua dia tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tau la.. kabel besar

      Delete
  3. pendedahan rafizi biasanya tepat...tun daim pun dn mengaku dia ada bank d luar negara, igt x kes lembu kondo? kah kah kah...da ma cai dpt apa? rm50 hinggit utk maki hamun org tepi jln, dpt mkn nasi bungkus bersila ats kotak pun dh ok...macai macai..kesian aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadilah...

      kata macai

      Delete

Powered by Blogger.