BAN Syria - Rappers Jerman : Abu Talha (Deso Dogg) Mati Jihad Di Syria (6 Gambar)

Al fatihah buat abu talha.. Saudara islam yang lari dari dunia leka and berjuang demi rakyat syria... Sama-sama kita doakan supaya rohnya ditempatkan ditempat orang beriman.. Kita sendiri tak tahu lagi macam mana keadaan kematian.. Mati syahid ke, mati kena langgar ke, mati lemas ke, mati berkubur ke, takde kubur ke... That why setiap kematian yang berlaku, muhasabah diri tu penting..


Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.

Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.

Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.

Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu.

  • "Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.
  • "Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya.

Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. (BroSam)

Post a Comment

2 Comments

  1. ramai pergi berjuang di syria. demi pembelaan umat islam disana. sama2 kita doakan roh mereka yang mati syahid.

    ReplyDelete
  2. semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. aminnn

    ReplyDelete