Jelajah Wak Din + Kak Zah Bongkar #1MDB - BANkami

Thursday, September 1, 2016

Jelajah Wak Din + Kak Zah Bongkar #1MDB


Pemimpin PKR dan serpihan Umno Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjelajah lima negeri bermula esok bagi “membongkar” isu 1MDB secara langsung kepada orang ramai.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen kali ini mengambil pendekatan menjelaskan kontroversi syarikat sarat hutang itu secara tuntas dan mudah.
Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Azmin Ali dijadual terlibat sama.

“Penerangan begini perlu sampai kepada rakyat memandangkan isu 1MDB adalah antara rampaian rekod terburuk kerajaan BN dalam buku prestasi mereka yang cuba dikaburi dan diputar belit demi mempertahankan kedudukan mereka di tampuk pemerintahan negara,” katanya.

Ia dijadual dilangsungkan di tempat-tempat berikut:

  • Sabak Bernam, Selangor (2 September), 
  • Melaka (25 September), 
  • Sabah (30 September), 
  • Pahang (2 Oktober) dan 
  • Perak (15 Oktober).

“Berani kerana benar, takut kerana salah. Kami akan terus menyampaikan kebenaran kepada rakyat biarpun bakal berhadapan dengan sekatan dan rintangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MK

No comments:

Post a Comment

Pages