AmenoWorld - Penyata Bank 3.4Juta Ke Akaun Najib

Jadi semalam ini yang kecohnya. Rakyat Malaysia bukan sahaja gagal mengakses laman Sarawak Report yang diblock di negara ini bahkan juga gagal berkongsikan link portal berkenaan di Facebook.

Pada semalam selepas mengemaskini portal dengan artikel baru, SR memilih untuk mengedarkan beberapa salinan yang dipercayai merujuk kepada penyata akaun milik Najib di laman FB rasmi mereka.

3 penyata ini menunjukkan berlakunya beberapa transaksi di antara bulan Feb 2015 dan Mac 2015. Sekitar 3.4 juta ringgit dimasukkan secara beransur-ansur. Ini berlaku pada tahun lepas tau! Pun begitu kita tetap perlukan pengesahan dan penjelasan dari pihak Najib Razak. Adakah penyebaran ini merujuk pada dokumentasi fitnah ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.
"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya (Malaysiakini).
Adakah pendedahan ini merupakan satu cabaran terbuka dari SR kepada SPRM untuk menyiasat Najib Razak? Najib perolehi jumlah pendapatan sebanyak 100,000,00 sebulan termasukla pelbagai jenis elaun dan imbuhan (ikut kenyataan SR la) namun kemasukan 3.4j adalah diluar dari kemanpuan Najib. 34 kali ganda bezanya. Dari mana Najib perolehi wang-wang tersebut? Derma lagi ka? Marila menjelaskan pada kami semua. Takmau run run lagi tau.

AmenoWorld





AmenoWorld - Penyata Bank 3.4Juta Ke Akaun Najib AmenoWorld - Penyata Bank 3.4Juta Ke Akaun Najib Reviewed by BANkami Blog on October 10, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. Tunjuk kat orang kampung bukannya mereka faham.

    ReplyDelete
  2. Tambah pada org melayu..SEMUA BUTA HURUF.

    ReplyDelete
  3. Penjawat Awam paling kaya takleh nak tangkap.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.