Suami Tidak Sedar, Penyamun Rogol Isteri Dalam Bilik Tidur


Seorang suri rumah berdepan detik hitam apabila dia menjadi mangsa rogol dan samun selepas tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia memecah masuk kediamannya di Kampung Rantau Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suri rumah berusia 34 tahun itu dirogol oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit manakala wang tunai miliknya dan suami serta beberapa barangan berharga lain turut disamun suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, mengikut laporan yang dibuat :
Suami mangsa berusia 42 tahun, ketika kejadian dia bersama anak lelakinya berusia empat tahun tidur di ruang tamu rumah mereka, manakala isterinya tidur di dalam salah sebuah bilik di rumah mereka.
Katanya pengadu tidak sedar ketika kejadian berlaku dan sehinggalah isterinya mengejutkannya dan memaklumkan dia telah dirogol serta suspek telah melarikan diri.

Utusan

Post a Comment

1 Comments