PH berikrar pulangkan wang 1MDB kepada rakyat jika menang PRU14


SEGALA hartanah mewah, berlian merah jambu, kapal layar – semua ini dan banyak lagi, dibeli dengan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dijual dan wang itu dikembalikan kepada rakyat sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
.
Ini merupakan janji yang akan dikotakan pemimpin PH dalam kempen yang dilancarkan mereka bagi menerangkan kepada orang ramai berhubung skandal berbilion ringgit syarikat beban hutang itu.
.
Kenyataan itu disuarakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Faiz Fadzil dan Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto dalam ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" di Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
.
"Rantainya akan dilelong dan dijual," kata Faiz.
.
Kasthoori pula menyeru agar skandal 1MDB itu perlu disebarkan dan membuat pilihan yang betul ketika pilihan raya nanti.
.
"Anda perlu tahu skandal ini (1MDB) kerana wang ini sekiranya ia dapat dipulihkan ia akan dikembalikan kepada rakyat.
.
"Ini bukan duit dia. Ia (rantai) akan dilelong dan duit yang diterima dapat dikembalikan kepada rakyat," kata Kasthoori.
.
Sebelum ini, saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang terkini menyatakan bagaimana Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli rantai leher berlian merah jambu 22 karat menggunakan wang daripada 1MDB untuk isteri "Malaysian Official No. 1” (MO1).
.
MO1 sebelum ini dikenal pasti sebagai Najib Razak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan.
.
DoJ memohon untuk menyita, antara lain, kapal layar Equanimity milik Jho Low, bernilai AS$165 juta dan hak filem "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, sebuah syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.

Susulan saman itu bulan lalu, beberapa personaliti terkenal yang dinamakan dalam tuntutan itu – didakwa menerima hadiah dibeli hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan negara berkenaan, memulangkan semula hadiah kepada DoJ.
.
Faiz berkata nama Malaysia sudah tercemar atas skandal tersebut dengan pelbagai negara antarabangsa melakukan penyiasatan terhadap penyelewengan wang berbilion ringgit oleh 1MDB.
.
"Kalau kita rasa ditindas sebagai rakyat, kita harus bangkit lawan Najib  dan Rosmah (Mansor). Kita harus bangun. Kita rakyat yang ada maruah," katanya.
.
Najib berdepan tekanan berhubung skandal 1MDB selepas DoJ memfailkan saman ketiga untuk mengembalikan aset bernilai berbilion ringgit yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan itu.
.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari pula menginatkan pada kira-kira 200 hadirin yang hadir yang negara kini sedang dimalukan di peringkat antarabangsa dengan gelaran negara kleptokrasi.
.
"Reputasi negara kita juga menurun. Khususnya tahun kebelakangan ini sejak akhir-akhir ini kita terkenal di sleuruh dunia sebagai negara kleptokrasi.
.
"Sebenarnya perkataan itu merupakan pemerintahan penyamun, bukan pemerintahan demokrasi di mana pemerintahan oleh rakyat sebab rakyat yang memilih.
.
"Kleptokrasi menggambarkan keadaan sebuah negara, wang rakyat, dan sumber asli diselewengkan untuk memperkayakan atas keuntungan diri sendiri," katanya.
.
Antara panel pemimpin PH yang hadir merupakan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Yaakob Osman dan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua. – 7 Julai, 2017.
.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/6881/

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete