Timb.Pas - Adakah PAC Menemuramah Jho Low Sebelum Menyiapkan Laporan Audit #1MDB ?

Jika Puad begitu yakin, minta kerajaan dedahkan laporan audit 1MDB
.
Jika Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salahlaku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri.
.
Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB?
.
Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?
.
Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?
.
Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?
.
Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak menfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?
.
Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan di kalangan rakyat.
.
PAS tidak berhasrat utk menuduh sesiapa terlibat, kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah. Maka jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan  kecelaruan umum.
.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 July 2017

Comments