Perwakilan Amanah Tidak Perlu Persoal Rahsia Ketenteraan.

Tidak semua perlu didedahkan kepada umum dan tidak perlu untuk ahli politik mengambil tahu tindakan rahsia ketenteraan. Ia satu rahsia untuk memastikan keselamatan rakyat malaysia terjamin. Jika perwakilan mempersoalkan tindakan tentera melakukan sesuatu operasi rahsia, ia satu tindakan kurang cerdik. Mereka patut faham, tindakan tentera bukan mengikut arahan menteri.

Malaysiakini | Seorang perwakilan pada persidangan hari ini mahukan jawapan daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu jika Putrajaya menyembunyikan sesuatu mengenai penglibatannya dalam krisis di Yaman.

Wakil Amanah Kemanan, Mus'ab Muszahar memberitahu delegasi walaupun krisis itu menyebabkan 14 juta orang dilanda kebuluran namun terlalu sedikit ikhtiar yang dilakukan kerajaan untuk berkempen mengakhiri krisis tersebut.

Mus'ab yang menggesa anggota partinya turut bertindak menyoal jika pentadbiran Pakatan Harapan takut dilihat sebagai anti-Arab Saudi atau dilihat sebagai pro-Syiah.

"Hari ini saya nak tanya, mungkin selepas ini boleh respond, Abang Mat (Mohamad Sabu) atau menteri-menteri lain yang ada di atas ini.

"Apa yang kerajaan Malaysia sembunyikan berkenaan dengan isu Yaman? Soal nya ketika membahaskan usul supaya kerajaan mengambil langkah memainkan peranan utama dalam membantu krisis kemanusiaan tersebut.

Selanjutnya beliau menyeru ahli parti untuk menggerakkan kempen menyelamatkan Yaman.

"Saya gesa selepas ini ahli-ahli jika ada pimpinan-pimpinan kita yang sembunyikan sesuatu, mungkin kita tak mahu dituduh anti-Arab Saudi, mungkin kita tak mahu dituduh pro-Syiah, ataupun apa-apa tuduhan hingga kita tak boleh gerakkan kempen selamatkan Yaman.

"Saya seru kepada semua perwakilan bagi kita sendiri gerakkan kempen selamatkan Yaman.

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete