Surcaj Eletrik Akan Dinaikkan Lagi Kepada 2.55/kWj Bermula Mac 2019

Sebelum PRU14, pengguna elektrik domestik melebihi 300 kWj dan pengguna bukan domestik (perniagaan) menerima diskaun 1.52 sen untuk setiap kilowatt jam (kWj).

Selepas PH menang, rebat ini telah ditarik untuk semua bermula 1 Julai 2018. Ini bermakna bil elektrik untuk semua pengguna telah meningkat.

Malahan, pengguna bukan domestik bukan sahaja ditarik rebat 1.52 sen setiap kWj, tetapi juga dikenakan lagi surcaj 1.35 sen setiap kWj).

Ini bermakna kenaikan tarif untuk pengguna bukan domestik telah naik 2.87 sen setiap kWj bersamaan dengan kenaikan tarif elektrik 6.8% berbanding sebelum PRU14.

Semalam, TNB melaporkan bahawa kerajaan PH telah meluluskan lagi kenaikan surcaj untuk semua kedai, peruncit pengilang, pejabat dan industri.

Surcaj untuk pengguna bukan domestik akan naik lagi dari 1.35 sen kepada 2.55 sen setiap kWj bermula bulan Mac tahun depan..

Bermula dari Mac 2019, bil elektrik untuk perniagaan dan industri akan naik 9.64% berbanding tarif sebelum PRU14.

Minggu lepas, kerajaan PH juga telah mengumumkan bahawa subsidi untuk petrol RON95 dan disel akan ditarik dan harga akan diapung semula bermula bulan April tahun depan.

Harga minyak akan naik berdikit-dikit, kata mereka.

Kenaikan tarif elektrik dan harga bahanapi pada tempoh yang hampir sama sudah tentu akan memberi kesan kepada harga barang dan kos sara hidup pada tahun depan.

Siapa tahu di mana sudah perginya suara-suara pemimpin PH yang sering baring-baring atas jalanraya untuk menentang kenaikan harga elektrik dan petrol kononnya untuk mempertahankan rakyat sebelum PRU14?

SST itu bermakna Senyap-Senyap Tibai, ke?

Najib Razak

Post a Comment

1 Comments