Time To Say Goodbye - Tapi Mamat Ni Keras Kepala Tak Nak Undur

Pemuda PPBM malam tadi mengutuskan lagu “Time to Say Goodbye” (masa untuk ucap selamat tinggal), nyanyian penyanyi Itali, Andrea Bocelli buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

Ketua Biro Keselamatan & Keamanan, Mahathir Mohd Rais berkata Waytha perlu “pamit” (pergi tanpa minta) kerana dia tidak lagi sesuai untuk memegang portfolio perpaduan dan integrasi nasional.

[Artikel Berkaitan : Dr Afif (PKR) Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan]

Lagu ini diutuskan selepas anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang meninggal dunia selepas cedera diserang perusuh di kuil Seafield bulan lepas selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kedah.

Untuk kekal di tempat sedia ada dengan pendekatan yang sama amat tidak sesuai dan akan membuatkan kapal kita tenggelam.
Kita akan tenggelam bersama muatan dan anak kapal sekiranya menteri kekal bongkak.

Mahathir mengingatkan kerajaan terdahulu yang memerintah selama 6 dekad tumbang dalam masa semalaman kerana sikap sombong, tiada timbangrasa dan kurang cerdik menteri-menterinya.

Satu masa dulu, rakyat melalui saat dimana seorang menteri dicampak keluar lantaran keangkuhan beliau dalam tindak tanduk dan perilaku. Akhir kata, kami menyampaikan sebuah lagu demi memastikan keselamatan dan kestabilan negara ini kekal terjamin

FMT

Post a Comment

0 Comments