Ramaikah 'Manogaran' di Malaysia ini?


Manogaran seorang calon pilihan raya yang 'jujur'.

Dia mungkin tanpa sedar menyerlahkan sisi rasis dirinya atau memang itulah sikap sesetengah kaum bukan Melayu yang sentiasa memandang rendah serta memperlekeh Melayu dan Orang Asli.

Sebelum Manogaran pun, Kulasegaran dengan kenyataan rasis memanggil Melayu pendatang manakala Waythamoorthy dengan fitnah lebih 10 tahun lalu yang kononnya kaum India terlalu teruk ditindas.

Mereka ini semua mencemar imej PH sebagai parti pemerintah kerana bersikap seperti hanya menjadi wakil kaum mereka sahaja dengan kenyataan-kenyataan menghina orang Melayu.

Di Cameron Highlands, Manogaran lupa diri bahawa peratusan kaum India di tanah tinggi itu bukannya macam di Tamil Nadu pun. Kalau ikutkan, dia tidak layak pun menjadi calon.

Selepas terzahir isi hatinya, Manogaran ingat senang-senang permintaan maaf itu boleh merawat luka di hati orang Melayu dan Orang Asli.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata masuk loji Indah Waterlah. Pengundi Melayu dan Orang Asli di Cameron Highlands mana yang masih akan mengundi Manogaran? Lakukah 'kuih' jualan Manogaran di kertas undi nanti?

Tambahan pula, BN memawarkan calon Orang Asli beragama Islam. Keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon India seperti Manogaran yang tidak menghormati sensitiviti kaum juga menimbulkan persoalan.

Apa lagi selepas tragedi rusuhan ganas di kuil Subang Jaya yang menyaksikan seorang anggota bomba meninggal dunia selepas 21 hari bertarung nyawa akibat dibelasah perusuh ekstremis kaum dan agama itu.

Rakyat mahukan wakil rakyat berjiwa seorang negarawan yang cenderung mengambil pendekatan mendamaikan bukan hanya ahli politik yang asyik bercakap tentang kaum sendiri tapi sibuk pula mengajar tentang 'Malaysia Baru'.

Arif Atan

Post a Comment

0 Comments