Ugut Tok Batin - Zuraida Backup Bob Monalan.. Hahahaha

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata tiada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohd berhubung cadangan agar gaji tok batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) tidak dibayar.

Sebaliknya, kata Zuraida, cukup untuk Bob Manolan memohon maaf sekiranya tersilap kata.

“Kalau betul salah, kita boleh minta maaf. Tak perlu (ambil tindakan), mungkin slip of the tongue (terlepas cakap) saja,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di kenduri rakyat, di Ampang, Selangor hari ini.

Tambah Zuraida lagi, Bob Manolan juga tidak perlu melepaskan jawatan sebagai senator.

“Kalau ia menimbul kesalahfahaman, minta maaf sahaja, tak jadi masalah,” katanya.

Semalam, dalam kenyataan susulannya, Bob Manolan tampil menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini merujuk kepada tok batin yang mempunyai jawatan di dalam Umno.

Bob Manolan juga menafikan menyatakan ugutan berkenaan gaji tok batin.

"Dalam keseluruhan kenyataan saya, tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun no vote, no pay," katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan rakaman suara, Bob Manolan dapat didengar sebagai berkata "tak sokong, kita buang" dan mana batin-batin yang tak sokong kerajaan, kita tak bayar gaji dia. Betul! Jangan bayar gaji dia".

Mengulas perkara itu, Zuraida mengakui belum membaca penjelasan Bob Manolan, namun yakin pemberita "tersalah tafsir".

“Saya yakin apa yang disampaikan itu disalahtafsir dan dia buat seolah-olah kata tak sokong PH, gaji tak dapat. Saya kira bukan itu dia cakap.

“Saya tak baca penjelasan Bob Manolan, saya rasa dia bukan orang yang semberono cakap sedemikian. Saya ingat perlu siasat.

“Saya rasa dia cakap bukan atas konteks mengugut. Tapi saya ingat dia mungkin cakap gaji tok batin datang daripada kerajaan pusat, kemungkinan orang di Cameron Highlands tak peka lagi bahawa sekarang adalah kerajaan PH, mereka menyangka kerajaan BN.

“Jadi Bob Manolan Mahu beri penjelasan (perkara itu), sekarang bukan kerajaan BN,” katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung tindakan M Kayveas dari MyPPP yang tidak jadi bertanding PRK Cameron Highlands dan sebaliknya menyokong PH, Zuraida berkata ia akan memberi jalan mudah buat PH menawan kerusi tersebut.

“Alhamdulillah, ia buat laluan mudah untuk ambil kerusi itu daripada BN,” katanya.

Zuraida juga tidak menolak kemungkinan Kayveas berbuat demikian kerana merasakan tidak dapat menang di kerusi tersebut.

“Tak ada masalah (sokong PH), mungkin dia rasa tak berbaloi dia bertanding di kawasan itu, dia tarik diri dan beri sokogan pada PH,” katanya.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments