Header Ads

Anwar & Rafizi Tersisih - Senarai 15 Anggota Majlis Tindakan Ekonomi

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

"'Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah," kata PMO dalam satu kenyataan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu turut menyenaraikan anggota Majlis Tindakan Ekonomi;


  1. Datuk Seri Azmin Ali - Menteri Hal Ehwal Ekonomi
  2. Lim Guan Eng - Menteri Kewangan
  3. Datuk Ignatius Darell Leiking - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  4. Tuan Baru Bian - Menteri Kerja Raya
  5. Dr Muhammed Abdul Khalid - Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
  6. Tan Sri Rafidah Aziz - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  7. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz - Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
  8. Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram - Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
  9. Tan Sri Tay Ah Lek - Pengarah Urusan Public Bank
  10. Dr Hasnita Hashim - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
  11. Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen - Pengerusi Bursa Malaysia
  12. Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid - Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
  13. Datuk Dr Paul Selvaraj - Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  14. Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah - Peguam
  15. Nizam Mahshar - Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).


Menurut PMO, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta manakala sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri

Astro Awani

3 comments:

  1. Saya penyokong DSAI dan Rafizi, namun saya tiada masalah sungguhpun kedua-duanya tidak dilantik.Bagi saya itu bukannya penyisihan. Saya masih ingta bahawa Saudara Rafizi telah banyak kali menyatakan "jawatan dalam kerajaan" bukan perkara yang difikirkannya sangat dalam beberapa tahun ini. DSAI pula ada peranan lain. Maka itu, tiada apa-apa masalah pun sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. yes...bagi pembenci PH memang sentiasa cari peluang utk di jadikan modal ujudkan ketegangan dlm PH...

    mungkin TM dah offer DSAI dan Rafizi...tapi dia tolak...mungkin dia org nk sumbang idea tanpa jawatan....

    ReplyDelete
  3. Yg penting mesti membuahkan hasil secepat mungkin demi kesejahteraan rakyat, terutama B40 dan penduduk urban mid-income

    ReplyDelete