Mansuh Hukuman Mati - Kerajaan Bakal Berdepan Himpunan Bantahan Secara Besar-Besaran

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mengancam untuk menganjurkan satu perhimpunan yang lebih besar daripada Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sekiranya bantahan terhadap pemansuhan hukuman mati tidak diendahkan.

“Jika tiada tindakan oleh pihak berkuasa, atau mereka mengabaikan tuntutan kami, kami mungkin menganjurkan perhimpunan, lebih besar daripada Himpunan Icerd.

“Kerana ia melibatkan sebahagian besar rakyat, bukan hanya sebahagian masyarakat sahaja (seperti Himpunan Icerd),” kata Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi meja bulat bagi membincangkan kesan pemansuhan hukuman mati yang akan dibincangkan di parlimen 11 Mac.

Malah kata Aminuddin, Ummah bercadang menyerahkan memorandum kepada semua perwakilan di parlimen serta Majlis Raja-raja berhubung bantahan tersebut.

“(Ia) untuk menghentikan cadangan bodoh daripada menteri bodoh yang mahu mansuhkan hukuman mati.
“Bukan hanya bodoh, mereka juga beri ancaman kepada anggota-anggota parlimen yang lain,” katanya.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments