Lynas Diteruskan.. Raykat PH Jangan Risau..



Kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan PH untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini.

Fuh!

Guan Eng dah tak takut "loji nuklear meletop dan membunuh semua rakyat tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban" lagi.

Fuziah dah tak takut masak ikan bermata tiga.

Wong Tack dah tak bersumpah mahu bakar kilang Lynas lagi.

PH dah tak takut Raykat bertukar jadi mutant.

Menteri kata Lynas diteruskan dan ini adalah satu usaha kerajaan PH untuk menarik pelabur asing.

Dulu: Stop Lynas, Save Malaysia.
Kini: Continue Lynas, Save Malaysia.

Maksudnya, langkah kerajaan BN dahulu adalah tepat dan ikhlas untuk pembangunan negara walaupun kita dimaki dan difitnah teruk.

Maksudnya juga, satu Malaysia pernah dikelentongkan oleh seluruh barisan pemimpin PH.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kilang-lynas-diteruskan-untuk-tarik-pelabur-asing-mohd-redzuan-1.872969

#FitnahSudahMenang

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments