Taliban Laaa Pulakkk

Kerjasama PAS dan Umno tidak akan menjadikan Malaysia ditadbir ala Taliban, kata Khairy Jamaluddin, bagi menolak dakwaan pemimpin DAP kononnya kerjasama antara 2 parti orang Melayu itu akan menyebabkan negara ini menuju pemerintahan seperti kumpulan itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sangat mengenali Taliban kerana pernah bertemu dengan kumpulan itu di Afghanistan ketika bertugas sebagai wartawan sebuah majalah di London pada 1999.

“PAS dan Umno sekarang ada kerjasama, tiba-tiba ada yang kata ala Taliban. Saya tahu Taliban ini, bukan kerana saya Taliban, tetapi kerana pada tahun 1999 saya bekerja sebagai wartawan sebuah majalah Barat dan dihantar ke Afghanistan pada zaman pemerintahan Taliban.

“Jadi saya tahu Taliban. Pernah jumpa dan kenal Taliban dulu. Cara pemerintahan Taliban memang esktrem.

“Pada hari Jumaat, tangan yang dipotong ditayangkan sebab nak beri pengajaran secara ekstrem. Tak boleh tangkap gambar sebab dikatakan haram. Perempuan tidak dibenarkan ke sekolah.” katanya

“Cara pemerintahan Taliban memang ekstrem, bukan macam di sini. Jauh beza jika nak bandingkan dengan kami,” katanya dalam program bertemu penduduk di Pekan Rantau hari ini, mengulangi kenyataan beliau ketika berceramah membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini, malam tadi.

Sebelum ini, pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, kerjasama PAS dan Umno akan membawa negara ke arah pemerintahan ala Taliban.

Nga yang juga ahli Parlimen Teluk Intan dan timbalan speaker Dewan Rakyat mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf walaupun didesak oleh PAS dan Umno.

Khairy berkata, sebagai timbalan speaker, Nga tidak sepatutnya menuduh kerjasama Umno dan PAS sebagai Taliban.

“Timbalan speaker ada kedudukan mulia, tetapi tergamak cakap Umno-PAS adalah Taliban. Dia cakap macam itu hanya untuk mencetuskan keadaan tegang antara kaum,” katanya di Dewan Rakyat, Khamis lepas.

 FMT

Post a Comment

0 Comments