Kuasa Kerajaan Adalah Sangat Besar........

Kuasa kerajaan adalah sangat besar. Kerajaan ada kuasa untuk mendakwa apa sahaja atau membuat pendakwaan terhadap sesiapa sahaja.

Mereka juga ada kebolehan untuk membocorkan apa sahaja -benar atau tidak - kepada media yang dikawal mereka untuk memenuhi misi propaganda mereka.

Contohnya, mereka membocorkan kepada media kononnya saya bersalah memberi arahan untuk mengubah laporan audit muktamad 1MDB tetapi apabila pendakwaan dibuat, saya didakwa memohon untuk mengubah draf laporan audit berkenaan.

Sama juga, kerajaan boleh menuntut seberapa banyak cukai yang mereka mahu terhadap saya sebanyak dan mengenakan sebanyak penalti yang berganda-ganda jika mereka mahu - biarpun dana yang dituntut itu masih lagi dalam proses mahkamah.

Jika kerajaan Pakatan Harapan(PH) mahu, mereka boleh menuntut cukai sebanyak RM5 bilion atau RM10 bilion dari mana-mana individu kerana ini dalam kuasa mereka.

Tetapi itu setakat menuntut sahaja. Tidak pasti mereka benar atau berhak menerima. Akhirnya, perlu ikut undang-undang.

Jika kerajaan PH ingin, mereka juga boleh sesuka-hati membocorkan kepada media perihal cukai mana-mana individu walaupun ianya sepatutnya adalah rahsia sebagaimana dikehendaki undang-undang jika mereka fikir ini ada manfaat untuk kepentingan politik mereka.

Sebelum ini, kerajaan PH mendakwa saya menerima berbilion daripada sumber asing.

Pertama sekali, sumbangan politik termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi tidak tertakluk atau dikenakan cukai di bawah undang-undang.

Kedua, sebagaimana ia pengetahuan umum, pendapatan diperolehi dari negara luar adalah tidak dikenakan cukai seperti di bawah undang-undang percukaian.

Ini disebalik hakikat bahawa saya adalah penjaga kepada dana parti dan segala yang diuruskan adalah bagi urusan parti.

Ini disebalik kerajaan PH sudah mendakwa saya kerana menerima RM2.6 bilion dan kemudiannya turut mendakwa kali saya empat kali kerana memulangkan sebahagian besar wang itu, 4 bulan kemudian.

Ini juga disebalik tuduhan kerajaan PH bahawa wang berkenaan telah dibayar kepada Umno, MCA, parti-parti lai dan kepada pelbagai NGO dan individu bagi tujuan kerja-kerja politik, dan bukannya untuk kegunaan peribadi.

Kerajaan PH boleh berbuat sesuka hati mereka tetapi saya yakin keadilan pasti muncul dan rakyat akan dapat menilai sendiri sama ada kerajaan ini berlaku adil atau telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan politik mereka.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments