Menteri PH - Rakyat Merayu.. Enough is Enough!


Dahulu, ramai resah apabila menteri BN bersuara dengan kata-kata yang tidak ministerial. Setelah kerajaan bertukar, saya membayangkan kata-kata tidak ministerial seperti menteri BN dahulu tidak akan berulang lagi.

Namun, ternyata bayangan saya salah. Menteri sekarang pun sama, jika pun tidak lebih teruk. Ada menteri yang bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya.

Contohnya, ada menteri yang ‘self-rating’, minta rakyat minum sesudu minyak sawit sebelum sarapan, hendak membina kereta terbang, hendak bawa artis Korea bagi memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan lainnya.

Kata-kata menteri sebegini membuatkan rakyat bosan. Rakyat merayu, enough is enough!  Kembali semula ke drawing board, muhasabah di mana silap dan perbetulkan dengan cepat. Rakyat mahu melihat hasil dari sebuah kerajaan PH yang cekap dan peduli rakyat. Rakyat mahu melihat branding dan karisma menteri-menteri kita.

Jika belum cukup ilmu, tuntutlah. Tidak salah kalau pemimpin terus belajar dan membaiki kelemahan yang ditegur rakyat. Jika tidak ada pengumuman mustahak yang hendak disampaikan, baiklah diam jika berkata-kata itu boleh meresahkan rakyat.

Kemudilah negara ini dengan baik supaya destinasi kita untuk membina kesejahteraan rakyat tidak menyimpang.

Dr Agus

Post a Comment

0 Comments