Tahniah Tok Mat, Tahniah Menteri PH Berjaya Apikan Semangat Melayu.. Hasilnya Hatrik Kekalahan

Calon Pakatan Harapan, Dr Streram boleh masuk kelas belajar bahasa kebangsaan.

Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran boleh terus mengapi-apikan semangat perkauman membenci Melayu menggunakan bahasa Tamil daripada memanggil Melayu bangsa pendatang sehingga menyebut tidak mahu makan di kedai makan Melayu dan Cina.

Kuil haram di Subang yang menyaksikan kematian anggota bomba selepas 21 hari bertarung nyawa selepas ratusan perusuh kaum India menyerang kenderaaan bomba boleh terus wujud tidak dirobohkan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching boleh terus menjadi wirawati ketuanan Cina mengentalkan pendidikan beridentitikan kaum dengan kemuncaknya mengiktiraf UEC yang memusuhi semangat perpaduan nasional mengatasi pendidikan kebangsaan. 

Belum lagi pelbagai isu saku rakyat yang merentas kaum dan kelas ekonomi yang belum nampak lagi penyelesaian.

Isu dan sensitiviti masyarakat Melayu serta tiang seri Perlembagaan atau apa dipanggil kontrak sosial boleh dibiar dimakan anai-anai jika kerajaan masih memandang ringan pola pengundian begini gara-gara terlalu menjaga hati pengundi bukan Melayu.

Arif Atan

Post a Comment

0 Comments