Yuran UMT Naik... Apa Lagi Berhimpun, Protes... Mana Tahu Dapat Percuma Selepas PRU15 Kan...

Sekumpulan siswa Universiti Teknologi Mara (UTM) kampus Kuala Lumpur hari ini berhimpun di pusat pengajian itu bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan mendadak yuran semester.

Mereka berkata yuran semester di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) UTM naik dari RM954 kepada RM5,000 sejak empat tahun lepas.

Presiden MJIIT Voices Tan Cheng Siong, 22, berkata petisyen dan memorandum telah diberikan kepada pihak universiti sejak setahun setengah lalu namun masih tiada tindakan.

“Mereka tidak memberi jawapan dan saling lepas tangan. Jadi kami membuat keputusan untuk melakukan himpunan ini.
“Kami juga sudah menghantar petisyen ke Kementerian Pendidikan namun masih tiada jawapan dari mereka,” katanya

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments