Tariff Elektrik Naik - Dulu Orang Ni Suka Bising.. Sekarang?



Pada bulan Disember 2015, orang ini pernah menulis satu karangan panjang untuk menghantam saya apabila tarif elektrik telah dinaikkan 0.73 sen setiap kW/j.

Ya. 0.73 sen setiap kW/j ataupun purata kenaikkan sebanyak 2 peratus.

Posting dia telah disebar luas dengan 16,000 kongsian.

Lalu ramai yang memaki saya masa itu.

Tapi apa yang dia tidak beritahu ialah 9 bulan sebelum kenaikkan itu, kadar elektrik telah diturunkan 2.25 sen setiap kW/j. kerana kos bahanapi telah menurun.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-elektrik-di-semenanjung-sabah-dan-labuan-turun-bermula-1-mac-53772

Ya, naik balik 0.73 sen dia nampak dan kecam.

Tapi turun 2.25 sen, dia tak puji. Buat-buat tak nampak je.

Tak apa, itu cerita lama.

Mari kita kongsi cerita baru selepas PH menang PRU14.

JULAI 2018:
- Rebat 1.80 sen setiap kW/j ditarik balik untuk semua pengguna domestik.
- Rebat 1.80 sen setiap kW/j ditarik balik untuk semua pengguna komersial dan ditambahkan lagi surcaj 1.35 sen kW/j , bermakna kenaikan 3.15 sen setiap kW/j.
https://www.tnb.com.my/announcements/others-imbalance-cost-pass-through-tariff-for-july-december-2018

SEPTEMBER 2018:
- Cukai SST dikenakan pada kadar 6% ke atas bil elektrik.
- Pengguna komersial tidak boleh lagi tuntut balik cukai yang dibayar untuk elektrik sebagai cukai input seperti dalam sistem GST. Perlu tanggung sendiri.

JANUARI 2019:
- Tiada lagi rebat untuk bil elektrik di bawah RM20 sebulan bagi semua pengguna. Hanya untuk pemegang kad e-Kasih sahaja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/512935/185000-isi-rumah-nikmati-rebat-elektrik-rm40-mulai-1-januari

MAC 2019:
- Surcaj untuk pengguna komersial dinaikkan lagi kepada 2.25 sen dari 1.35 sen setiap kW/j. Ini adalah kenaikkan 4,05 sen setiap kW/j berbanding tarif sebelum PRU14.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1678404

APRIL 2019:
- Kerajaan PH enggan menurunkan tarif elektrik walaupun kos bahanapi gas dan batu arang jatuh dengan ketara.
https://themalaysianreserve.com/2019/03/28/fmm-supports-electricity-tariff-cut/
- Apabila kerajaan ditekan lagi untuk kurangkan tarif elektrik dan tarif gas dan diberitahu bahawa Singapura pun telah turunkan harga elektrik dan gas kerana harga gas dunia turun, kerajaan PH suruh rakyat beli gas dari Singapura pula.

"Apa lagi yang kamu mahukan?. Singapura kurangkan harga? Jadi beli di Singapura," kata PM ke-7:
https://www.malaysiakini.com/news/470561

Yang semua di atas, pemimpin-pemimpin PH buat-buat tak nampak pula.

Kerana mereka sedang bersuhabat untuk Senyap-Senyap Tibai Rakyat.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments