Harapkan Pemimpin.. Mata Terpejam, Mulut Terkunci

KORBAN RAKYAT UNTUK LOMBONG

Mac tahun ini, akhbar NST menyiarkan rencana Khas mengenai pencemaran Sg Lebir dan Sg Aring akibat perlombongan.

Dengan tajuk Felda Folk Lament River Pollution, NST turut menyiarkan foto Sg Aring yang tercemar teruk menggunakan drone.

Saya siarkan semula rencana dan foto itu.

Sungai yang asalnya dari Taman Negara yang bersih dicemari oleh pembalak, pelombong dan ladang-ladang yang menggantikan hutan simpan.

Dalam berita yang disiarkan oleh The Star semalam pula, memetik aktivis Sahabat Jariah, ada dinyatakan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) pernah membuat kajian dan menemukan kandungan logam, arsenik dan pelbagai kimia yang membahayakan kehidupan manusia.

Sejak rencana NST disiarkan, tiada respon konstruktif dari Kerajaan Membangun Bersama Islam. Seakan pencemaran alam hasil tangan tidak bertanggung jawab dan haloba yang jelas adalah sebahagian dari merakyatkan Membangun Bersama Islam.

Ada tidak lombong beroperasi secara haram berhampiran penempatan OA pun dipura-pura tak ada maklumat. Di minta tanya pada PTG.

Ada PTG mengeluarkan apa-apa kenyataan terbuka?

Apa nama syarikat lombong itu? Cemara atau apa?

Siapa tuan punya lombong dan operator? Orang mana? Tanah Merah atau mana?

Berapa banyak manganese yg telah dikeluarkan secara tidak sah?

Kenapa tindakan tidak diambil?

Berbalik kepada pencemaran sungai-sungai yang didakwa, sudah sampai masanya agensi agensi Kerajaan Pusat bertindak lebih tegas, telus dan terbuka.

Pemimpin pemimpin Kerajaan PH juga memantau dengan lebih berkesan.

Harapkan pemimpin tempatan, mata mereka sudah terpejam, hanya mulut pandai berkata-kata.

YB Senator Datuk Husam Musa
8 Syawal 1440/12 Jun 2019

Link :

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/11/a-tribe-thats-fast-disappearing/

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/05/485012/jeli-orang-asli-cry-foul-over-river-pollution

Husam Musa

Post a Comment

0 Comments