Jika PAS Bersama PH...

Pada pendapat saya Pas akan menjadi lebih efektif jika bersama PH tetapi Pas membangkitkan isu kononnya orang Cina menguasai kerajaan, ini kesalahan Pas kerana meninggalkan PH. Kalau Pas masih bersama PH jumlah kerusi mereka sebanyak 18 kerusi dicampur dengan 11 kerusi Amanah kita akan mempunyai 29 kerusi tetapi oleh kerana Pas waktu itu gelojoh dan ingin mencapai kejayaan dengan bersengkokol dengan rejim UMNO di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak maka Pas telah kehilangan peluang untuk menjadi sebahagian komponen kerajaan.

Jika di masa akan datang dengan strategi yang betul PH boleh menambah kerusi-kerusi parlimen orang Melayu yang kini dikuasai oleh UMNO dan Pas. Jika kerusi parlimen-parlimen orang Melayu dikuasai oleh PH, nisbah antara ahli parlimen Melayu dan bukan Melayu dapat dirapatkan semula.

Walaupun Pas dan UMNO bekerjasama belum tentu akan membawa kejayaan kerana PH sudah pasti tidak akan duduk saja kita akan membuat strategi kita pula kerana politik sentiasa dinamik. Bagi Pas pula mereka menganggap semua perkara dalam politik adalah statik kalau tidak sudah lama Pas berjaya.

Jadi saya suka mencadangkan kepada Pas dan UMNO supaya berfikir semula kerana asas yang pertama sekali ialah mereka tidak boleh berkompromi dengan unsur rasuah dan penyelewengan. Mana-mana parti yang hendak berjaya perlu mengetepikan unsur ini daripada perjuangan mereka. UMNO masih dilihat terpalit dengan sejarah penyelewengan, pendedahan-pendedahan ini tidak boleh ditangkis oleh UMNO. Jadi adakah kita hendak meneruskan kepemimpinan yang terpalit dengan unsur rasuah dan adakah pemimpin yang terpalit rasuah boleh memimpin orang Melayu? Pasti mustahil, ini bermakna kita memberikan ubat yang salah kepada orang Melayu, ubat yang betul adalah dengan mengukuhkan PH.

Tetapi ada pihak melihat PH tidak menjaga Islam dan Melayu?

HUSAM: Menjaga Islam yang pertama, pemimpinnya perlu bersih dan bebas daripada rasuah. Isu yang menumbangkan UMNO adalah rasuah dan membantu UMNO menumbangkan UMNO adalah Pas yang bertanding tiga penjuru dan bertanding lebih daripada sepatutnya. Jadi orang Melayu sentiasa dikalahkan oleh orang Melayu sendiri kerana orang Melayu terikut-ikut dengan perasaan dan gagal mengambil perkara objektif daripada satu-satu perkara.

Kalau orang Melayu daripada Pas dan UMNO menerima konsep PH dalam melakukan perubahan dalam negara saya yakin apa yang dibangkitkan oleh Pas dan UMNO tidak akan berlaku. Sekarang Pas dan UMNO mengambil pendekatan untuk memperbesarkan perkara itu, risikonya tetap ada pada mulanya orang akan nampak ia dapat menarik perhatian misalnya isu Tabung Haji dikuasai oleh Cina DAP tetapi apabila diberikan penjelasan dengan memberitahu orang Melayu yang menguruskannya sendiri maka isu itu sudah padam. Isu sebegini tidak boleh bertahan lama kerana ia adalah isu persepsi atau isu yang diada-adakan.

Setelah lama saya berjuang dalam Pas, apabila kita hidup dalam isu yang diada-adakan apabila tiba masanya nanti ia akan padam sendiri. Sebagai pemimpin kita kena melihat isu yang lebih penting cukup-cukuplah politik sentimen, kita kena berubah kepada politik yang membina.

====

KUALA LUMPUR 29 MEI 2019 - Wawancara Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Husam Musa mengenai isu-isu politik di KLCC di sini, hari ini. GAMBAR : AZLAN HADI ABU BAKAR / PEMBERITA : SHARIMEI (MEJA MINGGUAN UTUSAN)

http://m.utusan.com.my/rencana/utama/hentikan-politik-sentimen-1.911948

Post a Comment

0 Comments