Perghh.. Latheefa Koya Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM.. Buku Harapan Kata OK ke?



Latheefa Koya adalah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah menjadi AJK Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional.

Pada 16 Julai 2012, Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta. Sebelum ini beliau dikatakan akan disingkir daripada jawatan itu. Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab perletakan jawatannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin. Hal itu pernah dibangkitkan dan dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya mengikut laporan media.Surat perletakan jawatan turut dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar MBPJ

Wikipedia, AstroAwani

Post a Comment

0 Comments