Apa Masalah Sebenar Tuan Ibrahim Menolak Dekriminilasi Penggunaan Dadah.

Adam Neuser


Dadah digunakan dalam pelbagai perkara pada hari ini. Fokus utama dadah semestinya untuk perubatan kemudian ia telah disalahguna untuk memberi "high" kepada manusia. Demi mencari kepuasan "high", pelbagai jenis cara dadah direka semata-mata untuk khayal dan mengaut keuntungan daripada manusia yang suka "high".

Banteras dadah bukan hari ini dilangsungkan, malah sebelum pas sayang umno lagi. Namun sehingga hari ini masalah dadah tidak dapat diatasi. Malah ditambah dengan penerimaan rasuah untuk melancarkan lagi urusan penjualan dadah. Dan malaysia dikatakan destinasi terkenal sebagai negara perantaraan export import dadah.

Tuan Ibrahim faham atau buat-buat tidak faham dengan tindakan terbaru kementerian untuk meletakkan penagih dadah sebagai pesakit yang perlu dirawat secara perubatan dan bukannya menjadikan mereka pesalah jenayah yang tidak berkesudahan.

Berapa ramai penagih dadah yang dimasukkan ke pusat pemulihan dadah, dipenjara dan apabila keluar mereka tidak lagi menagih.

Jika penagih diletakkan sebagai pesakit dirawat (dadah), semestinya mereka akan memiliki dadah(kawalan perubatan) yang akan dimiliki mereka. Seperti pesakit lain juga memiliki ubat (dadah terkawal).

Jika tuan ibrahim mempunyai idea yang bernas, mungkin boleh usulkan kepada kerajaan kelantan supaya kita dapat melihat cara kelantan membanteras dadah dengan jayanya. Bukannya dengan tindakan melontar batu sembunyi tangan.


Kenyataan Tuan Ibrahim : Tolak dekriminilasi penggunaan dadah

Saya merujuk kepada cadangan YB Menteri Kesihatan untuk menjadikan pemilikan dan penggunaan dadah bukan satu kesalahan jenayah.

Menurut Menteri Kesihatan, dekriminalisasi (menyah-jenyah) adalah penghapusan hukuman jenayah ke atas mereka yang memiliki dan menggunakan dadah dalam kuantiti kecil untuk kegunaan peribadi, berbanding mereka yang terlibat dalam pengedaran dadah. Ia juga bukan cubaan untuk melegalisasikan pengedaran dadah.

Secara prinsip, saya bersetuju bahawa pengedaran dadah adalah satu jenayah besar. Pengedaran dadah hanya akan berlaku jika terdapat permintaan daripada penagih dadah. Ia merupakan kitaran yang berterusan antara penawaran dan permintaan. Sekiranya penagih sangat bergantung kepada dadah, maka mereka akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan dadah.

Persoalan utama untuk dijawab ialah apakah motif pemilikan dan penggunaan dadah? Adakah untuk tujuan perubatan atau kerana satu ‘habitual dependency’ sehingga menyebabkan ketagihan? Ketagihan dadah akan merubah fungsi otak sehingga ia diklasifikasikan sebagai satu penyakit (addiction is an illness psychological and biochemical).

Dalam Islam, perkara yang boleh merosakkan akal perlu dicegah atau ditolak. Ketagihan dadah boleh merosakkan akal dan imunisasi tubuh. Oleh itu, saya berpendapat dadah perlu diharamkan dan terus dijadikan sebagai satu jenayah. Memberikan peluang untuk mereka memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil tetap akan menyebabkan ketagihan.

Isu yang perlu difokuskan ialah bagaimana kaedah untuk merawat penagih dadah. Adakah dengan terus memberikan dadah untuk kegunaan peribadi atau menjauhkan mereka daripada najis dadah? Saya berpendapat penagih-penagih dadah perlu dirawat sama ada dengan kaedah sains atau tradisional. Halang penagih baharu, pulih penagih tegar. Kementerian perlu mencari solusi supaya mereka tidak berterusan bergantung kepada najis dadah.

Adakah langkah kementerian ini cerminan kepada kegagalan usaha pembasmian najis dadah? Jika benar, ia satu bencana besar bagi negara dan generasi akan datang. Satu usaha bersepadu perlu dilakukan untuk memulihkan sistem sosial dan  menjadikan Islam sebagai teras pembinaan masyarakat. Gaya hidup bebas dengan menjamu hawa nafsu akan mengundang mudarat yang besar.

Malaysia mesti komited untuk menghapuskan najis dadah dengan memburu rangkaian pengedaran dadah secara besar-besaran. Pada masa yang sama, mereka yang telah terjebak dengan najis dadah perlu dipulihkan dengan kaedah yang betul. Kembalikan mereka kepada gaya hidup yang sihat. Memberikan pemilikan dan penggunaan dadah kepada penagih tidak akan menyelesaikan masalah akar najis dadah.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
21 Zulkaedah 1440 | 24 Julai 2019

Post a Comment

0 Comments