Apakah Ini Cubaan Halus Ahli Parlimen DAP Menyerang Institusi Diraja Johor ?

Pemuda Bersatu (Armada) Johor menggesa Menteri Besar, Pengerusi Bersatu dan DAP Johor menegur Anggota Parlimen Labis, Pang Hok Liong berikutan soalannya terhadap terhadap status pendaftaran kenderaan oleh kerabat diraja Johor di parlimen semalam.

Kata Ketuanya, Norul Haszarul Abu Samah, semua wakil rakyat PH di Johor juga wajar diberi peringatan agar tidak menyentuh dan mempersoalkan keistimewaan institusi istana.

“Bagi Armada Johor kenyataan seumpama ini seolah-olah satu rentetan yang disusun secara rapi bagi menghalakan isu kepada institusi istana Johor.

“Justeru itu, besar harapan saya agar YB Tuan Haji Mazlan Bujang, selaku Pengerusi Bersatu Johor serta Datuk Dr Shahruddin Jamal (menteri besar) serta Senator Liew Chin Tong (pengerusi DAP Johor) menegur dengan tegas dan penuh berprinsip terhadap tindakan Ahli Parlimen Labis," katanya dalam satu kenyataan.
Iklan

Semalam, dalam soalan bertulisnya, Pang mempersoalkan sama ada dua nombor plat kenderaan yang digunakan oleh kerabat diraja Johor telah berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pun tidak.

Soalan bertulis Pang di parlimen berbunyi: Minta menteri pengangkutan menyatakan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pendaftaran kenderaan yang sah oleh mana-mana pihak dan sekiranya tidak, sama ada kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu dibenarkan di atas jalan raya.

Soalan itu menimbulkan kemarahan pembangkang Johor sehingga Ketua Pembangkang Johor Hasni Mohammad cuba membawa usul tergempar di Dewan Undangan Negeri dengan mendakwa Pang menghina Sultan Johor.

Selain itu, Hazsarul berkata, wakil rakyat yang dipilih seharusnya menjadikan parlimen sebagai ruang untuk membawa suara kepentingan rakyat khususnya isu-su ekonomi, keadilan sosial, akses pendidikan untuk semua bangsa serta memperkasakan agenda bangsa dan agama.

Tambahnya lagi, kesetiaan rakyat negeri Johor tidak berbelah lagi terhadap sultan dan tunku mahkota Johor.

“Institusi istana Johor sering memainkan peranan dalam mengimbangi kuasa politik dan memastikan pentadbiran yang cekap dan peduli rakyat sentiasa dijalankan tanpa mengira latar bangsa, agama dan politik,” katanya lagi.

MK

Post a Comment

0 Comments