Belum Apa2 BN Dah Nafi Hak 50% Kerusi PAS.. Apa Cerrr Broooo

Pemimpin kanan Umno tampil menafikan laporan kesediaan parti itu untuk menyerahkan kerusi tradisi parti itu kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 melalui formula agihan kerusi 50-50.

Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah meminta pimpinan dan ahli Umno tidak terperangkap dengan apa yang disifatkannya sebagai “permainan politik pihak tertentu”.

“Pimpinan dan ahli Umno di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu.

“Semua ini adalah usaha untuk memecah-belahkan muafakat Umno-PAS yang sedang terjalin baik dan piagamnya akan ditandatangani pada 14 September 2019 ini,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan pula berkata tidak wujud perbincangan atau penetapan kerusi dalam piagam yang akan ditandatangani September nanti itu, sebaliknya hanya akan fokus pada memperkemaskan tata kelola kerjasama yang akan dijalin.

“Kedua-dua parti berasakan bahawa adalah pramatang untuk perkara seperti pembahagian kerusi dibincangkan sekarang," katanya lagi.

Laporan semalam memetik sumber menyebut keputusan pengagihan kerusi itu diambil untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan terkandung dalam piagam kerjasama antara kedua-dua parti.

Pada PRU ke-14 lalu BN bertanding di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut sumber, pemimpin kanan Umno menyatakan kesediaan parti itu untuk mengagihkan kerusi sama banyak untuk ditandingi dalam PRU ke-15 nanti di mana kerusi yang sebelum ini menjadi pertembungan antara Umno dan PAS dalam PRU lalu.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, ia tidak membabitkan kerusi di Sabah dan Sarawak.

MK

Post a Comment

0 Comments