Fuh, Garangnya.... Kata Najib...


Nga Kor Ming memberi masa 24 jam kepada dua orang ADUN UMNO untuk meminta maaf kepada Speaker DUN Perak yang juga saudaranya, Ngeh Koo Ham.

Apa kesalahan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib?

YB Zambry telah mengeluarkan tweet bahawa dia tidak puas hati kenapa semua ADUN di Perak perlu isytihar harta kepada Speaker Ngeh Koo Ham sedangkan mereka telah setuju untuk isytihar kepada SPRM.

Di dalam tweet dia, Zambry menyifatkan ini sebagai langkah Diktator.

Apa pula kesalahan YB Mohd Khusairi?

Kerana beliau kongsi tweet Zambry. Itu je.

DAP sangat marah dan mahu mereka memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam kerana memanggil mereka sebagai Diktator.

Kalau tidak, kedua-dua ADUN UMNO ini akan dikenakan tindakan oleh Dewan Undangan Perak.

Fuh! Garangnya.

Dipanggil diktator kena memohon maaf.

Kalau boss DAP mereka membohong dalam Parlimen negara dengan isu yang teramat penting keran memfitnah BN telah merompak duit GST sebanyak RM19.4 bilion pula tidak perlu memohon maaf atau tidak dikenakan apa-apa tindakan pula.

Nga yang gelar UMNO dan PAS sebagai "Taliban" awal tahun ini boleh dibenarkan pulak.

Tak pernah dengar dia meminta maaf pun.

Gelar Diktator pula kena mohon maaf.

Kongsi tweet pun kena mohon maaf.

Terang-terang membohong dan memfitnah tak perlu?

Gelar Taliban tak perlu?

Di mana keadilannya?

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/588691/zambry-khusairi-digesa-mohon-maaf-kepada-speaker-dun-kor-ming

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments