Ini Cara Betul Bedung Bayi.. Elakkan Hip Dysplasia


KALAU NAK BEDUNG, BEDUNG DENGAN BETUL!

Kerap kali saya berjumpa ibu bapa yang membedung anaknya dengan ketat sekali.

Bila ditanya, "alaa Doktor kalau tak bedung, nanti bila besar akan jalan kengkang"
 ini lah alasan yang diberi oleh mereka.

Bukan sahaja di Kota Tinggi, masa i buat attachment Housemanship (Paeds Orthopedik) kat HKL pun dengar benda yang sama.

Ini adalah tidak benar sama sekali.

Tiada masalah untuk bedung bayi. Pada pendapat saya ada banyak kebaikan bedung bayi

  1. Bayi akan berasa lebih selamat
  2. Bayi akan berasa lebih tenang dan selesa
  3. Bedung dapat mengekalkan suhu badan bayi dan baby tak akan rasa sejuk
  4. Bedung dapat membantu bayi untuk tidur dengan lena dan lebih lama tanpa gangguan
  5. Bedung dapat mengurangkan risiko SIDS kerana bayi akan berada pada posisi terlentang semasa tidur.


Tetapi apa yang berlaku sekiranya anda bedung dengan salah?

Maksud salah adalah - Bayi dibedung dengan ketat di bahagian pinggul dan kaki. 
Ini boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya - dipanggil sebagai “hip dysplasia”



Menurut statistik 1-2 bayi dalam 1000 bayi akan mengalami “Hip Dysplasia”.

Tanda Tanda hip dysplasia pada bayi adalah sendi pinggul yang bergerak secara berbeza dari sendi lain, dan kaki mungkin kelihatan lebih pendek daripada yang lain.

Kadang kala tanda tanda ini susah dikenal pasti dan apabila dikenal pasti -ia mungkin sudah lambat di mana pembedahan perlu dilakukan. (Amat penting untuk pastikan tak tinggal appointment biasa bayi di klinik, kerana masa check up, kami akan check semua ni termasuk pinggul bayi)

Ada yang hanya dapat tahu anaknya ada “hip dysplasia” apabila anak mula nak berjalan.

Sebab itu amat penting untuk anda membedung anak dengan cara yang betul. Biarkan ada ruang untuk kaki bayi bergerak.

Ni saya share teknik dia : 



Masa nak beli kerusi kereta bayi atau baby carrier pun kena pilih betul betul.

INGAT YE. JANGAN TINGGALKAN TEMU JANJI KLINIK. Hentikan Mindset "Oh Bawa klinik untuk cucuk, lepas tu balik".

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sayangi Pinggul Bayi Anda. 









Post a Comment

0 Comments