Jutaan Ringgit Masuk Ke Akaun Penasihat BN (Najib) Dari Syarikat Antarabangsa Pada 2014

Had kredit dua kad kredit Najib yang digabungnya - Mastercard Platinum dan Visa Platinum - adalah sebanyak RM3 juta.

Naib Presiden AmBank Yeoh Eng Leong, saksi ke-47, mendedahkan perkara itu ketika merujuk kepada penyata kad-kad itu dari Mac 2011 hingga April 2015.

Pengurus Unit pemindahan wang Rentas Wedani Senen pula dalam sesi soal balas berkata hampir RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun bank di Ambank.

Wedani berkata dana itu dipindahkan daripada beberapa akaun bank luar negara kepada Blackrock Commodities (Global) Limited dan Vista Equity International Partners.

Mengikut Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, kedua-dua syarikat itu dimiliki oleh 'Eric Tan', yang kemudian dikenal pasti sebagai sekutu Jho Low.

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun tidak mempunyai kaitan dengan syarikat pengurusan pelaburan antarabangsa BlackRock Inc.

Menurut Wedani, RM4.093 juta (GBP750,000) dimasukkan ke 880 akaun pada 23 Jun 2014.

Perbezaan masa wang dimasukkan oleh Blackrock Commodities dan waktu ia dikreditkan ke akaun Najib berlaku disebabkan proses bank yang diperlukan bagi pemindahan mata wang asing.

Wedani berkata, pada 21 Oktober 2014, Visa Equity yang berpangkalan di Seychelles memindahkan GBP5.75 ke akaun Najib.

Ia dikreditkan ke akaun yang berakhir dengan nombor 880 pada 23 Oktober 2014.

Jumlahnya dalam ringgit sebanyak RM30.032 million.

Empat transaksi lain seperti berikut:

  1. Nov 24,2014 - RM3,624,473.70
  2. Nov 26, 2014 - RM11,567.57
  3. Dec 10, 2014 - RM5,360,065.00
  4. Dec 19, 2014 - RM6,809,129.43

Post a Comment

0 Comments