Minta Siasat Ketulenan Video Anwar Pulak... Din Bikin Panas Bontot.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat semua video lucah yang mengaitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada suatu ketika dahulu.

Katanya, ia berikutan rakyat Malaysia juga ingin tahu sama ada video berkenaan tulen atau sebaliknya.

"Insya-Allah, saya akan kumpulkan semula video-video lucah tersebut yang pernah ditularkan melalui media sosial pada suatu masa dahulu dan akan buat laporan rasmi kepada pihak penguatkuasa undang-undang dalam masa terdekat.
"Kita mahu pihak penguatkuasa undang-undang mengesahkan ketulenan video-video tersebut dan sesiapa saja yang terlibat harus diambil tindakan undang-undang.

"Proses undang-undang mesti sama rata dan konsisten. Sesiapa saja yang terlibat dengan pembikinan video-video lucah palsu harus dikenakan tindakan undang-undang secara tegas," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Selasa.

Kata Khairuddin lagi, siasatan ke atas video lama berkenaan disifatkan akan mendatangkan kebaikan kepada mangsa yang difitnah kerana Anwar juga harus membersihkan namanya sebelum mengambil alih sebarang jawatan kerajaan yang tertinggi di negara.

"Sesungguhnya, saya ingin buat laporan keatas video-video lucah lama yang pernah tersebar sebelum ini yang pernah mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rakaman tersebut.

"Dalam masa yang sama, saya amat berharap pihak PDRM akan menyiasatnya secara terperinci untuk menzahirkan status sebenar video-video lucah tersebut samada ia tulen ataupun tidak," ujarnya lagi.

Gesaan Khairuddin itu menyusul selepas kenyataan dikeluarkan Anwar pada Selasa yang berpendapat kesahihan video intim melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang mirip seorang menteri kanan perlu didedahkan kepada umum.

Kata Anwar, perkara itu wajar didedahkan memandangkan rakyat mahu mengetahui kebenarannya selain dalang di sebalik penyebaran beberapa siri video intim yang tular di media sosial.

Astro Awani

Post a Comment

0 Comments