Tahan Azmin Ali... Jeng Jeng Jeng

Pejabat Peguam Negara akan memutuskan sama ada Azmin Ali harus ditahan atau sebaliknya selepas menerima kertas siasatan berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan menteri itu, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

Buat masa ini, beliau berkata polis masih menyiasat kes berkenaan.

Perkara ini sedang dikendalikan oleh pasukan siasatan. Biarkan mereka lakukan kerja mereka.
Kita tidak akan menekan sesiapa atau melayan mereka secara tidak adil kerana siasatan kami adalah selaras dengan kedaulatan undang-undang

Hamid yang bercakap kepada pemberita di Melaka menyifatkan video seks sebagai isu sensitif  yang memerlukan pegawainya menjalankan siasatan terperinci.

mk

Post a Comment

0 Comments