Panas! Rafizi Bidas Kerajaan PH Selangor, Budak DAP Butthurt! Hahaha

Rafizi Ramli dan Syahredzan Johan ‘bertegang urat’, selepas naib presiden PKR itu mengkritik kerajaan Selangor tidak menggunakan kuasa negeri untuk menutup kilang, susulan lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.

Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan “berperang” di Twitter, selepas naib presiden PKR itu mengkritik kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal menggunakan kuasa negeri menutup kilang selepas lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.

Rafizi berkata, walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kilang beroperasi di Selangor, kerajaan negeri masih mempunyai kuasa melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengarahkan kilang ditutup.

“Kes Covid-19 tak turun-turun, ramai minta tutup operasi kilang.

“Soalan kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar @AmiruddinShari, kalau MITI bagi lesen pelepasan pun, tapi kerajaan negeri (melalui PBT) tarik balik lesen, kilang kena tutup jugakan?

“Kenapa tidak buat begitu? Mohon sekolahkan saya,” kata Rafizi menerusi Twitter.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, kecuali semua kuasa negeri digantung ketika darurat.

“Tak tahu pula semua digantung sedemikian rupa. Baca berita macam Melaka nak ambil langkah begitu,” katanya merujuk cadangan menutup kilang yang mencetuskan jangkitan Covid-19 oleh EXCO Melaka.

Terdahulu, EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Ismail Othman dilaporkan berkata, tindakan lebih drastik dengan menutup sepenuhnya kilang mencetuskan kluster Covid-19 buat sementara perlu diambil bagi mengekang penularan jangkitan yang menyumbang kepada peningkatan kes di negeri itu.

Katanya, pelaksanaan tindakan itu akan dicadangkan kepada kerajaan negeri dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 Melaka dalam masa terdekat bagi memastikan semua pekerja dapat disaring dan dikuarantin, jika disahkan positif.

Sementara itu, Syahredzan yang juga peguam menjelaskan kerajaan negeri tidak boleh berbuat demikian kerana terikat kepada undang-undang.

“Kita marah bila kerajaan main buat suka hati, macam tiada undang-undang. Lepas itu ada pula yang minta kerajaan negeri buat suka hati,” katanya membidas Rafizi.

Rafizi kemudian memberi jawapan balas sambil meminta Syahredzan membaca akta.

“Awak itu peguam, sebelum nak sindir orang, ‘focus on solutions’, kalau kerajaan pusat sekat, ‘then you get the political mileage for trying’. Itu pun nak kena ajar?”

Berang dengan sindiran itu, Syahredzan meminta Rafizi membaca laporan penuh berhubung maksud sebenar kerajaan Melaka.

“Exco Melaka itu baru cadang. Nak bawa bincang. Dia tak cakap pun dengan menarik lesen PBT,” kata Syahredzan.

Rafizi kemudian menjelaskan berdasarkan semakannya, PBT boleh mengambil tindakan kepada premis atau industri beroperasi dalam keadaan terdesak.

“Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan PBT memberi kuasa (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan orang ramai,” katanya.

Beliau turut meminta Selangor menggunakan Akta PBT untuk menarik kelulusan operasi yang diberikan MITI.

“Kenapa PH tak pikir benda ini, sudah berbulan-bulan orang mati dan kes naik serta-merta,” katanya.

Rafizi turut membidas ahli DAP yang tidak bersetuju dengan cadangannya berhubung penutupan kilang itu supaya tidak bersikap “defensive”.

“Kenapa budak-budak DAP kat Twitter ni ‘defensive; sangat tak nak guna kuasa kerajaan negeri untuk tutup kilang? Lebih-lebih dari budak-budak @AmiruddinShari pula.

“…dah tak jadi ‘socialist youth’ ke? Sekarang dah jadi tauke kilang ‘youth’? Kalau orang lain tweet korang tak layan, aku tweet baru terasa,” kata Rafizi.

Post a Comment

1 Comments

  1. Terbaik rafizi..harap aktif politik semula!

    ReplyDelete