• Politik Terkini

    Sunday, July 28, 2013

    BAN Ilusi - Apa Maksud Lagu " Tanya Sama Itu Hud-Hud"

    Aku xminat sangat dengan m.nasir sebab melodi dia xmasyuk dengan jiwa genre music sanubari aku. Tapi aku tertarik bila dengar lirik lagu hud hud. So, aku searching then ni yang aku jumpa n aku nak share pada semua reader bankami. Berapa singkat kehidupan kita dan berapa sedia kita menghadapi mati. Dimana kubur kita nanti. Dengan arus kemodenan, pembangunan rumah flat yang begitu pesat sehingga kita buntu mencari dimana kubur nanti.

    Apa kata si mergastua.


    Tujuh puluh tiga pintu
    Tujuh puluh tiga jalan
    Yang sampai hanya satu jalan
    Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
    Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
    Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

    Beribu-ribu Margasatua

    Mencari raja si Muraq
    Yang sampai hanya tiga puluh
    Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi – Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.

    Ooh… Sang Algojo

    Ooh… nanti dulu
    Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, “Oohhh nanti dulu!”?

    Lihat dunia dari mata burung
    Atau lihat dari dalam tempurung
    Yang mana satu engkau pilih
    Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

    Dalam kalut ada peraturan
    Peraturan mencipta kekalutan
    Di mana pula kau berdiri
    Di sini
    Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
    “Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!“
    Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

    Ooh… Sang Algojo
    Ooh… nanti dulu
    Berikan ku kesempatan akhir ini
    Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
    Berikan aku kesempatan akhir ini

    Lai lai la lai la lai
    Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

    Tanya sama itu hud-hud
    Lang mensilang
    Kui mengsikui
    Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
    Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.
    Info Asal : Informasi

    16 comments:

    1. mmg mendalam maksud lg ni. baru ku tahu, ku juga mergastua.

      ReplyDelete
    2. Selama ini pakai nyanyi gitu jer lagu M. Nasir...
      Satu jer soklan aku nak tanye...
      Ape maksud Lai lai la lai la lai? Hahh??

      ReplyDelete
      Replies
      1. lai lai ketum.

        dlm bhasa punjabi, lai lai = lalai
        dlm bhasa cina, lai lai = latang sini
        dlm bhasa melayu sanskrit, lai lai = lalat

        Delete
      2. ape yg ko melalut ni.

        Delete
    3. hud hud tu apa sebenar, kisah burung mergastua je ke.

      ReplyDelete
    4. Bhai Carlos...

      Rangkuman dari lagu tue aderlah... ilmu tariqat, hakikat dan makrifat... ...

      ReplyDelete
    5. serius lagu ni mmg style dan mendalam mksudnya..

      ReplyDelete
    6. lagu2 m nasir banyak yang mengajar tentang hakikat, makrifat~
      aku pun layan pasal aku pun study hakikat ni~
      sesiapapun elok belajar hakikat~ sebab syariat boleh diputar belit oleh manusia dan menjadi punca perpecahan umat manusia~ sedangkan hakikat adalah absolute~ fana-baqa, sesat-cahaya~
      (^_^)

      "Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri."

      "Barangsiapa mengenal diri, dia akan mengenal Allah, barangsiapa mengenal Allah, maka binasalah diriNya"

      ReplyDelete
      Replies
      1. more reading~ :)

        http://jalanmendaki.wordpress.com/2009/11/05/musyawarah-burung-perjalanan-menyatu-dengan-tuhan/

        Delete
      2. kurosagi ni kalau komen penuh dengan info dan fakta betul..berilmu sikit bila bace komen dia..:)

        Delete
      3. setuju. kalau tak kenal diri maka akan kenal lah sekular dan disco.

        Delete
      4. fakta : puak syiah tak belajar hakikat, tu yang senget tu~ wakakak~
        :)

        Delete
    7. bukan mudah untuk belajar hakikat,perlu bermula dengan syariat,diikuti oleh tariqat,makrifat dan yg akhir ialah hakikat.Kalau bab syariat cth nya sembahyang,puasa dan lain2 pun kantoi..so paham2 je la..

      ReplyDelete
    8. tolong cek penulis kebanyakan lirik lagu M. Nasir. 'tak sama apa yang dinampak'. don't judge the book by its cover. itu yang tepat. sama macam kehidupan kita sehari2, kita banyak menilai sesuatu bukan berdasarkan hakikat tapi lebih kepada judgmental. salute gua pada dia. Al fatihah.

      ReplyDelete
    9. salam bro, kehidupan sunnah adalah kehidupan yg d tuntut dlm agama- kehidupan yg Allah SWT redha (suka) . keselamatan saya , anda dan seluruh unat hanya dlm agama dgn mentaati perintah2 Allah SWT dan amalkan sunnah dlm kehidupan. kalo ada masa lapang, jumpalah jemaah tabligh, bg tau mau join keluar dgn mrk 3 hari utk belajar2 sunnah. (berkursus). insyallah lps pulang dr 3hari,dgn niat yg betul, akan tau betapa pentingnya mengamalkan sunnah Nabi dlm setiap kehidupan kita. kalo tak penting takkan sahabat2 Nabi SAW sungguh2 amal kan sehingga kalo org kafir masuk kawasan islam, mrk sendiri xtau mana satu Nabi krn semua sahabat2 nabi amalkan sunnah nabi. andai lps kalian plg dr 3hari rasa xseronok, dan tak nampak penting nya, maka tak perlulah keluar lagi..saya hanya mempelawa..sekian

      ReplyDelete
    10. Ada kawan aku join...yg mcm ni lah..keluar..
      Tp hakikatnya dia seorang oporunis...berkawan dgn mereka yg bagi keuntungan je.
      Dalam kelas, assignment semua org lain yg buat (aku la tu)..bila bab markah nak sama.
      Sudahlah....cakap macam bagus...
      Tp bukan semua la..yg geng keluar mencari hdayat ni kalau berguru Alhamdulillah..asal jgn susahkan mak bapak..kawan2 sekelas sudah...

      ReplyDelete