• Politik Terkini

    Tuesday, October 1, 2013

    BAN Gila - Penyakit Hikikomori Yang Menggerunkan Generasi Y

    Sana sini semua tempat ada tekanan. Tak kiralah ko duduk dlm gua mana sekalipun. Tambah lagi bila duit gaji tak cukup,segala barangan mahal. Sebab tu sampai ada yang nak bunuh diri dan yang bunuh diri pun semakin ramai.

    Harap takde yang bangang buat telemovie bunuh diri sebab kenaikan harga rokok. Naik macam mana sekalipun, rokok seludup akan lebih berleluasa. Nak sekat pun, setakat 2 3 minggu boleh la. lepas tu jalan mcm biasa. Then adalah lembaga datang check rokok seludup kat kedai-kedai kecik. Apehal tak pergi banteras tokey besar.

    Hikikomori, hope all people take this sebagai panduan. Dalam hidup takde benda perlu takut. Mati itu pasti, tunggu masa je bila ko akan mati and macam mana ko mati.


    TERDAPAT pelbagai perbuatan pelik di dunia ini sehinggakan ada yang memilih untuk mengurung diri di dalam rumah selama belasan tahun dengan menjadikan bilik tidur sebagai dunia mereka.

    Kira-kira satu juta golongan belia di Jepun sanggup berkurung di dalam rumah mereka dan mengasingkan diri daripada masyarakat.

    Trend itu lebih dikenali sebagai hikikomori di Jepun.

    Purata umur mereka yang berdepan hikikomori juga meningkat sejak dua dekad yang lalu kepada 32 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini.

    Golongan itu berasa kurang keyakinan diri sehingga mereka takut untuk ke luar rumah.

    Terdapat banyak alasan yang menjadi punca trend itu berlaku.

    Namun, seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Hide, masalah itu muncul ketika dia tidak lagi mahu ke sekolah.

    "Saya mula menyalahkan diri sendiri. Kedua ibu bapa saya juga menyalahkan saya kerana saya tidak mahu pergi ke sekolah. Tekanan yang dirasai situ semakin tinggi.

    "Secara berperingkat-peringkat, saya takut untuk keluar rumah dan bertemu dengan orang lain. Saya kemudian tidak mampu untuk keluar rumah," kata Hide kepada Perbadanan Penyiaran British baru-baru ini.

    Dia turut memutuskan hubungan dengan rakan-rakan dan keluarganya. Sebagai usaha untuk mengelak dia berjumpa mereka, Hide tidur pada waktu siang dan menonton televisyen sepanjang malam.

    "Saya mempunyai banyak emosi yang negatif di dalam diri saya," katanya.

    Menurut pemuda itu, dia mempunyai keinginan untuk keluar rumah.

    Namun, katanya, dia turut berasa sedih kerana diselubungi masalah itu.

    Hide menyatakan, dia turut bimbang tentang masa depan dirinya dan berasa cemburu terhadap mereka yang menjalani kehidupan normal.

    Selain Hide, seorang lagi pemuda, Matsu juga berdepan situasi yang sama selepas bergaduh dengan ibu bapanya tentang kerjaya dan kursus universiti yang bakal dipilihnya.

    "Bapa saya seorang artis dan mengendalikan perniagaan sendiri. Dia mahu saya melakukan perkara yang sama," tambahnya.

    Bagaimanapun, dia mahu menjadi pengatur cara komputer di salah sebuah syarikat komputer terbesar di Jepun dan menjadi pekerja yang bergaji.

    Bapanya tidak mahu dia hanya makan gaji.

    Matsu merupakan anak yang sulung menyebabkan ibu bapanya meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadapnya.

    Dia meradang apabila adiknya dibenarkan untuk membawa haluan hidupnya sendiri.

    "Saya menjadi ganas dan terpaksa tinggal berasingan dengan keluarga," jelasnya.

    Ketakutan luar biasa

    Situasi yang dialami Hide dan Matsu tidak hanya berlaku di Jepun sahaja. Boleh dikatakan ia berlaku di hampir seluruh pelusuk dunia.

    Seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai Nicholas dari Massachusetts, Amerika Syarikat mula mengasingkan diri daripada masyarakat sejak 12 tahun lalu.

    "Saya masih menghabiskan waktu secara bersendirian. Saya tidak bekerja, tidak keluar rumah dan bertahan hidup di luar lingkungan sosial.

    "Masalah utama yang dihadapi oleh orang-orang seperti saya adalah ketakutan luar biasa," ujarnya.

    Dia meneruskan hidup dengan mendapat bantuan kebajikan.

    Menurutnya, tidak ada lagi kerjaya yang selamat untuk setiap orang yang mempunyai cita-cita kecil dan pendidikan rendah.

    Dalam pada itu, Darren yang berasal dari London mengaku dia tidak mempunyai harga diri, kepercayaan diri dan tidak mempunyai rakan-rakan.

    Walaupun masih bekerja demi kelangsungan hidup, Darren menghabiskan waktu lapangnya di bilik tidur. Namun, dia tidak menyimpan perasaan marah terhadap orang lain yang dapat menjalani kehidupan dengan mudah.

    "Saya kini berumur 43 tahun, dan masih tinggal bersama keluarga," katanya.

    Menurutnya, sejak kecil lagi, dia tidak diajar tentang kemahiran sosial.


    Kecelaruan emosi

    Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon, penarikan diri daripada masyarakat merupakan isu yang sering berlaku.

    Namun, kaedah mengurung diri seperti hikikomori masih jarang berlaku di Malaysia.

    "Situasi itu terjadi disebabkan perasaan rendah diri, penghargaan kendiri yang rendah serta kemahiran sosial yang rendah seperti berasa tidak pandai bergaul selain malu untuk bertemu orang lain.

    "Faktor persekitaran juga boleh menjadi punca berlakunya situasi itu seperti sering dibuli, majikan yang terlalu menekan, sabotaj dan unsur pemulauan yang tidak kondusif," jelasnya.

    Dr. Zainal berkata, situasi itu boleh menyebabkan kecelaruan emosi seperti murung dan tertekan.

    Dia berkata, pemikiran akan turut menjadi negatif dan tidak rasional.

    Ujarnya, bagi mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda penarikan diri, sesi kaunseling perlu dilakukan untuk membantu seseorang individu itu meluahkan perasaan dan masalah yang terpendam dalam diri.

    "Mereka yang sudah mencapai tahap kemurungan yang tinggi, bantuan pakar psikiatri diperlukan.

    "Jika situasi itu berlaku ke atas seorang kanak-kanak, ia akan memberi kesan dari segi perkembangan emosi yang membawa kepada kemurungan. Kanak-kanak itu boleh menjadi agresif selain turut memberi kesan terhadap pelajaran, keyakinan diri dan kemahiran sosial," kata Dr. Zainal.

    Jelasnya, mereka yang menunjukkan tanda-tanda itu perlu bersikap terbuka pada diri sendiri dan orang lain selain mencari bantuan untuk mengatasi masalah tersebut.

    Info Asal : Kosmo

    2 comments: