• Politik Terkini

    Wednesday, April 30, 2014

    BAN Ekonomi - Hutang Projek 1MDB Dijangka RM 42 Billion

    1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka berhutang lebih banyak bagi menampung projek mega seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dengan anggaran RM45 billion.

    Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan hutang tahun kewangan 2013 syarikat itu melonjak empat kali ganda kepada RM42 billion berbanding 2012 iaitu RM 8.4 billion.
    “Kami menjangka lebih banyak hutang diambil 1MDB pada masa hadapan untuk membiayai kos TRX dan Bandar Malaysia yang dianggar sekitar RM45 billion dan dijangka bertambah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

    “Selain itu, pemborosan dalam pembelian aset janakuasa tenaga bernilai RM23.1 billion yang rata-ratanya dibayar pada kadar lebih tinggi daripada nilaian semasa, jelas menunjukkan 1MDB sedang menghadapi kekangan aliran kewangan

    “Kalau sikap begini diteruskan, 1MDB rekaan Najib bakal gagal dan akan menjadi satu lagi liabiliti negara yang wajar dikenali sebagai “1 Malaysia Debt of Billions atau Hutang-Piutang 1 Malaysia yang berbillion,” kata Anwar.

    Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusif membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

    Akhbar mingguan tersebut menyiasat urusniaga 1MDB yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selepasa tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Max dan laporan tahunannya.

    Pada 25 April 2014 dilaporkan 1MDB bakal membuat suatu “Initial Public Offering” (IPO) pada akhir 2014 untuk menjana dana RM15 billion yang bakal dinobatkan sebagai IPO terbesar di asia tahun ini.

    • “Walaupun jumlah aset untuk 2013 bertambah kepada RM 44.6 billion, perlu diingat bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran tahunan berjumlah RM 1.6 billion lantaran jumlah pinjaman yang berjumlah RM 36 billion pada 2013.


    • “Kita tahu ekonomi global global yang penuh ketidaktentuan dan kedudukan defisit kewangan negara yang semakin melebar setiap tahun.


    • “Wajar negara mengambil pendekatan berhemah dalam berbelanja, bukannya terus berhutang untuk mengaut keuntungan jangka pendek yang bakal mengakibatkan bebanan hutang untuk generasi akan datang,” ujarnya. (KeadilanDaily)

    4 comments:

    1. sebab tu nak buat gst.. nak rembat kaw kaw duit rakyat.

      ReplyDelete
    2. macai mana kisah benda mcm ni. dia hangguk je ape najib buat

      ReplyDelete
    3. Menteri kewangan, saya salute anda kerana pandai menguruskan kewangan Negara. Terbaiikkkk!

      ReplyDelete
    4. jiby dn semah dh ambik alih 1mdb...byk job masuk..terbaru IPP..jimah N9

      ReplyDelete