• Politik Terkini

    Wednesday, September 23, 2015

    DR Agus - Kuasa Perdana Menteri Menolak Perlantikan Hakim Mahkamah Persekutuan

    BOLEHKAH PM MENOLAK PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN?

    Pertanyaan di atas menarik ramai penganalisis membincangkannya apabila bekas Hakim Kanan Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Hishamuddin Yunos mendakwa kenaikan pangkat beliau disekat oleh Perdana Menteri.

    Kata Hishamuddin, namanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, tetapi PM tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengangkat nama lain untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

    Persoalannya, bolehkah PM menolak cadangan JAC tersebut? 

    Pandangan saya boleh. Apa hujahnya? Mari kita lihat peruntukan undang-undang berikut:



    Perkara 122B memperuntukkan pelantikan (1) hakim-hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

    Seksyen 21(1) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dengan jelas menyebutkan "fungsi suruhanjaya adalah (a) untuk memilih orang yang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri," dan disebut dalam Seksyen 27 pula bahawa "Perdana Menteri boleh, selepas menerima laporan di bawah Seksyen 26, meminta dua nama lagi untuk dipilih dan disyorkan bagi pertimbangannya...."

    Peruntukan di atas menunjukkan PM tidak menyalahgunakan kuasa, tetapi menggunakan kuasanya menerima calon lain untuk diangkat bagi mendapat perkenan baginda Agong.

    Ini perlu difahami kerana menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kuasa adalah dua perkara yang berbeza.

    Jika tidak mahu lagi hal ini berlaku, maka apakah remedinya?

    Caranya ialah pihak yang tidak bersetuju hendaklah mempunyai suara majoriti di parlimen untuk meminda perlembagaan dan akta yang berkaitan. Jika tidak mempunyai suara majoriti, maka pihak yang tidak bersetuju bolehlah membawa kes ini ke mahkamah undang-undang untuk keputusan yang autoritatif.

    Begitulah.

    (Dr Agus)

    2 comments:

    1. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin sesetengah orang akan berpandangan negatif apabila bercakap mengenai rumah kontena. Tak cantiklah, tak moden dan tak ‘up to standard’ katanya.

      ReplyDelete
    2. Syukur Alhamdulillah , sempena menamakan anak pada hari yang ke-7 selepas kelahirannya pada 15 Sept 2015 bersamaan 1 Zulhijjah 1436 , hari ini 22nd September 2015 bersamaan 7 Zulhijjah 1436 , puteri sulung kami diberi nama ?????? ???? Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik2 buat kami semua.

      ReplyDelete