• Politik Terkini

    Tuesday, March 22, 2016

    Dokumen Skandal Rumah Lim Guan Eng Berharga 2.8 Juta


    Dokumen di atas berkaitan dengan dua syarikat yang berjaya membida tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

    Tanah yang asalnya digazetkan oleh kerajaan BN untuk projek perumahan rakyat termiskin telah dibatalkan apabila kerajaan DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2008.

    Kerajaan DAP Pulau Pinang kemudian menender tanah tersebut kepada projek komersial yang dimenangi oleh syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) yang mempunyai kaitan rapat dengan dua syarikat lain iaitu Winbond Dental Sdn Bhd dan Winbond Management & Consultand Sdn Bhd dan.
    “Lihat siapakah Phang Li Koon pemilik banglo di dalam syarikat yang berhubung kait dan berkepentingan mendapatkan tanah di Taman Manggis,” dedah Pisau dotnet.
    Nama Phang Li Koon tersenarai sebagai pemegang saham 20 peratus dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn Bhd, syarikat yang dimonopoli oleh Tang Yong Chew yang memegang saham sebanyak 80 peratus.

    Tang Yong Chew juga merupakan pemegang saham 60 peratus dalam syarikat KLIDC yang mendapat tender membida lot tanah di Taman Manggis Fasa 2, Georgetown dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan hospital swasta dan hotel.

    Pisau dotnet juga turut melampirkan dokumen-dokumen berkaitan dengan sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn, milik Phang Li Koon yang disewakan kepada Guan Eng dan kemudiannya dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu. (Tranungkite)






    10 comments:

    1. Replies
      1. This comment has been removed by a blog administrator.

        Delete
    2. Saman la kalau berani. Buat apa dedah2 sini. Bawa masuk mahkamah la..baru best.

      ReplyDelete
    3. berani buat kenyataan dalam parlimen sebab ada kekebalan. kat luar tak berani. inilah contoh terbaik betapa bacul tahap gaban pemimpin umno.

      ReplyDelete
    4. apasal beli rumah pun salah ke, takkan nak bayar harga rumah tu RM13.9Juta baru selamat!tak habis-habis naikkan harga rumah,sibuk ikut harga semasa.(si badigol mana entah asyik naikkan harga) sampai aku nak beli rumah teres 2 tingkat bawah RM140,000 zaman ni, tak de langsung!

      ReplyDelete
    5. Pasai apa YB Shahbudin dengan dokumen2(spt diatas)ada dalam tangannya masih kecut teloq untuk berdepan dengan Guan Eng??? Mungkin YB.Shahbudin tak gitu yakin ngan dokumen2 tersebut,mungkin dokumen2 telah diedit dsbnya. Kalu dia anak jantan buat tuduhan secara umum,jangan berlindung disebalik imuniti parlimen. Bererti, YB Shahbudin masih tak yakin dengan tuduhan tersebut. Lain cerita pasai kes rm2.6bilion,WSJ secara terang buat tuduhan,dengan bukti2 yang cukup, tapi PM kita kecut teloq tak berani saman,dah beberapa kali hari selasa dah!!!!

      salam.

      ReplyDelete
      Replies
      1. tegaq betui hang bekap guan eng naaa.. mana guan eng dpt duit beli rumah juta2 tu. Duit kumpul ka, ka duit pinjam bank. Bank mana?

        Delete
    6. semua org pun kalu penjual tu nak beli bawah harga pasaran, beli je la....willing seller willing buyer, takde paksaan pun...

      ReplyDelete
    7. Balaci DaPigs memang tegar membela penghina undang2 Shariah

      ReplyDelete
    8. Saman, jangan tak saman. Lepas tu tengok siapa yang benar.

      ReplyDelete